Jumaat, Mei 06, 2005

Harga minyak naik: Tabung negara bermasalah

Thursday, May 05 @ 18:07:36 MYT

Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar PAS, Hj Mahfuz Omar berkata kenaikkan harga petroleum yang diumumkan oleh kerajaan jelas membuktikan tabung kewangan kerajaan mengalami masalah besar.

"Kita berpendapat tindakan kerajaan menghadkan pengedaran kuota diesel baru-baru ini menunjukkan negara tidak ada wang.

"Pada hari ini, apabila sekali lagi kerajaan menaikkan harga diesel dan petrol dengan serta merta dan tanpa sebarang notis membuktikan bahawa tabung kewangan kerajaan di tahap serius,"katanya.

Menurutnya, bagi menampung kekurangan 'kantung' kewangan negara, rakyat pula terpaksa menanggung beban iaitu dengan cara membayar harga minyak yang tinggi.

Dalam pada itu, katanya kenaikkan harga minyak mungkin disebabkan selama ini rakyat terlalu berlembut sehinggakan sikap rakyat yang terlalu baik itu menyebabkan kerajaan mengambil kesempatan untuk menaik harganya.

"Rakyat mungkin sekadar merungut tetapi tidak ada maklum balas dan ternyata ini adalah satu kesilapan rakyat dan akhirnya penyelesaian yang dibuat kerajaan adalah mengambil duit rakyat melalui kenaikan berkenaan,"jelasnya.

Mahfuz berkata, kenaikkan harga minyak pada hari ini dibantah keras oleh PAS kerana ia tidak wajar tambahan pula sudah berkali-kali dinaikkan dan kali ini merupakan kenaikkan yang terbesar.

"Terutamanya, akan berlaku peningkatan pada sektor pengangkutan awam yang mana pada 1 Mei lalu baru saja tambang bas dan teksi dinaikkan sedangkan kenaikan bahan api itu kecil berbanding pada hari ini.

"Kemudian dengan kenaikan harga minyak yang tinggi pada hari ini sudah pasti syarikat pengangkutan tidak mampu untuk menampung kos operasi mereka dan mahu tidak mahu mereka akan menuntut lagi daripada kerajaan untuk dinaikkan lagi tambang yang sedia ada.

"Dalam hal ini juga sektor pertanian tidak terkecuali daripada menanggung kesannya khasnya para nelayan dan petani,"jelasnya.

Selain itu, Mahfuz dalam kenyataannya kepada Harakahdaily juga menjelaskan bahawa, berkemungkinan selain harga barang, tarif elektrik akan naik dan ini akan membeban rakyat.

Menyentuh mengenai perbandingan harga minyak di negara Asean, Mahfuz menjelaskan sikap kerajaan yang selalu membandingkan harga minyak negara lebih murah daripada negara-negara Asean adalah tidak adil.

"Ini bukan semua negara Asean pengeluar minyak melainkan Indonesia dan Brunei Darussalam.

"Umpamanya Brunei menterjemahkan mereka sebagai pengeluar minyak dengan manfaat kekayaan tersebut kepada rakyatnya.

"Ini menggambarkan kerajaan Barisan Nasional cuba mengkolot pemikiran rakyat dengan satu perbandingan yang amat tidak wajar,"katanya.

Selain itu, Lajnah Pengguna juga berpendapat sewajarnya kerugian subsidi yang ditanggung kerajaan sepatutnya ditampung oleh cukai pendapatan yang dikutip kerajaan yang dianggar bertambah sebanyak RM60 bilion pada tahun ini.

"Jika ini dapat diuruskan dengan baik tidak perlu rakyat menanggung kos harga minyak yang terlalu tinggi,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusoff Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang tinggi dikhuatiri harga barangan di pasaran turut naik dengan mendadak kata,

Justeru itu tegasnya, kerajaan perlu bertanggungjawab serta perlu bertindak tegas untuk mengawal kenaikkan tersebut.

Ini katanya, walaupun sebelum ini kerajaan memberi jaminan tidak ada sebarang kenaikkan harga barang setelah harga minyak dinaikkan tetapi harga barang terus meningkat.

"Ini yang dikhuatiri sekali kerana pihak lain akan mengambil kesempatan di atas kenaikkan tersebut," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mulai hari ini, harga runcit diesel dan petrol masing-masing dinaikkan sebanyak dua puluh sen dan sepuluh sen seliter.

Kenaikan harga tersebut diputuskan oleh kabinet semalam bagi membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi produk petroleum.

Yusuf berkata, kenaikkan harga minyak sememangnya membebankan tetapi dalam masa yang sama rakyat perlu memahami tanggungan subsidi minyak yang terlalu tinggi oleh kerajaan.

Ini katanya, akibat kerugian subsidi itu kerajaan terpaksa mengurangkan perkara lain umpamanya bidang pendidikan dan kesihatan.

Bagaimanapun katanya, apa yang dipertikaikan ialah dapatkah kerajaan menyelaraskan kenaikkan minyak tanpa melibatkan kenaikkan harga barang serta pengangkutan dalam semua sektor. - mks.

Khamis, Mei 05, 2005

Up again: Petrol by 10 sen, diesel 20 sen



The price of petrol will increase by a hefty 10 sen per litre and diesel by 20 sen per litre effective 12 midnight.


Petrol RON97 will now cost RM1.52 per litre, RON92 RM1.48, while diesel will be 108.1 sen per litre.

In Sabah, RON97 will cost RM1.50, RON92 RM1.48 and diesel 108.4 sen while in Sarawak, RON97 will be sold at RM1.51, RON92 at RM1.48 and diesel at 107.8 sen.

This will be the sharpest hike in oil prices in recent years. Last year, the price of petrol was increased twice - 2 sen on May 1 and 5 sen on Oct 1.

Previously, petrol prices had increased by 1 sen in Nov 1, 2002, while diesel was increased by 2 sen.

According to Bernama, the cabinet made the decision to increase the cost of petrol to put a lid on the payment of oil subsidies by the government.

If prices were not raised, the government would have to bear a subsidy payment of RM8.96 billion and would have to forego RM7.85 billion in terms of tax exemption.

The government would then have to incur a loss of RM16.8 billion.

Gov’t saves RM2.2 bil

With the new prices, the government would only need to pay RM6.7 billion in subsidies, saving RM2.2 billion a year.

In 2004, the government had paid out RM4.8 billion in subsidies for petroleum products.

The Prime Minister's Office argued that the subsidies were not the best way to help the poor and certain sectors because it created market distortion which led to inefficient utilisation of resources.

The subsidies also lead to abuse like the sales of subsidised products to those not entitled to them, and the cross-border smuggling of petrol which meant that Malaysians were even subsidising foreigners.

It added that the hike in oil prices would narrow the gap between the market price and the subsidy price, and could lead to a reduction in abuse and smuggling activities.

Last month, the Manila-based Asian Development Bank urged Malaysia and three other countries - India, Thailand and Indonesia - to lift their oil subsidies.

"Current market conditions should be taken as an excellent reason to push through with reform, as the fiscal costs rise and as the escalation in the oil price may be more than just transitory," it said.