Isnin, September 04, 2006

Menarik dalam Bajet 2007



Berikut adalah fakta-fakta menarik dalam Bajet 2007 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat petang ini.

Objektif Bajet 2007

Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.

Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.

Keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan

Kelima: Mengukuh keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Peruntukan Bajet RM159.4 bilion pada 2007 – RM112.9 bilion peruntukan mengurus (naik 11.6 peratus), dan RM46.5 bilion untuk peruntukan pembangunan (naik 31 peratus).

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dianggar berkembang pada kadar 5.8 peratus.

Defisit berkurangan dari 5.7 peratus pada 2000 kepada 3.8 peratus pada 2005, kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun semasa.

Pendapatan perkapita meningkat dari 18,040 pada 2005 kepada 19,740 ringgit pada 2006.

Pengurangan Cukai korporat

Dikurangkan secara berperingkat sebanyak dua mata peratus kepada 27 peratus dan 26 peratus pada 2008.

Rebat cukai bagi komputer peribadi

Tempoh layak menuntut galakan cukai bagi pemilikan komputer yang kini diberi bagi setiap lima tahun, dipendekkan kepada setiap tiga tahun; manakala galakannya dalam bentuk rebat cukai RM500 diubah kepada pelepasan cukai sebanyak RM3,000

Dan pemberian rebat kepada setiap keluarga pada masa ini, diperluaskan kepadsa setiap pembayar cukai.

Pelepasan cukai buku

Cukai pelepasan bagi pembelian buku dinaikkan dari RM700 kepada RM1,000 setahun.

Subsidi minyak

Kerajaan akan menanggung sejumlah RM19 bilion tahun ini bagi menyediakan subsidi minyak dan kehilangan cukai, berbanding RM16 bilion pada 2005.

Berasaskan andaian harga minyak di sekitar 70 Dolar Amerika setong tahun depan, jumlah subsidi dijangka kekal RM19 bilion.

The oil subsidies is expected to be also around RM19 billion in 2007 based on the assumption that oil prices will hover around US$70 per barrel.

Perkhidmatan awam

Bonus bagi tahun 2006. Anggota berpendapatan sehingga RM750 sebulan diberi bonus bersamaan dua bulan gaji. Mereka yang melebihi RM750 sebulan, bonus sebulan gaji atau minimum RM1,500. Bonus dibayar dalam dua bayaran, pada bulan Oktober dan Disember 2006.

Kerajaan akan menaikkan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada lebih sejuta kakitangan kumpulan sokongan antara RM30 hingga RM50 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2007.

Bantuan kos sara hidup diperluaskan meliputi kakitangan awam yang mendiami kuarters kerajaan mulai 1 September 2006, dengan kadar 50 peratus daripada kadar yang diberikan kepada mereka yang tidak mendiami kuarters.

Kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam dinaik sebanyak 20 peratus, berkuatkuasa serta-merta.

Untuk Pesara

Membuat bayaran khas sekali sahaja kepada hampir 542,000 pesara seperti berikut:

Pertama: Mereka yang menerima pencen kurang dari RM750 sebulan akan diberi RM400.

Kedua: Mereka yang menerima pencen RM750 sebulan dan ke atas, akan diberi RM200.

Biasiswa untuk pelajar mendapat 10 A1

Pelajar yang memperolehi 10 A1 dalam SPM dari keluarga berpendapat RM1,500 ke bawah, akan diberi biasiswa bagi melanjut pelajaran ke peringkat tinggi.

Kerajaan akan memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diperlukan seperti sains, farmasi, perubatan, kejuruteraan di peringkat ijazah dan lepasan ijazah di universiti tempatan dan universiti terkemuka luar negara.

Pengajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan

Bahasa Cina dan Tamil akan diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk menarik kemasukan lebih ramai pelajar kaum Cina dan India Malaysia.

Mulai 2007, bahasa Cina akan diajar di 150 sekolah kebangsaan, manakala bahasa Tamil akan diajar di 70 sekolah kebangsaan.

Yuran peperiksaan dimansuhkan

Yuran peperiksaan bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM di semua sekolah kerajaan dimansuhkan mulai sesi pendidikan 2007.

Biasiswa pelajar

Kadar bantuan murid sekolah rendah dinaikkan dari RM30 kepada RM50 sebulan. Biasiswa kecil persekutuan bagi murid sekolah menengah dinaikkan dari RM50 kepada RM70 sebulan.

Tiga universiti baru

Tiga universiti baru akan dibina – Universiti Darul Iman Malaysia (Terengganu), Universiti Darul Naim (Kelantan), dan Akademi Tentera Malaysia dinaik taraf menjadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Cukai rokok dan minuman keras

Cukai rokok dinaikkan satu sen setiap batang – dari 11 sen kepada 12 sen.

Cukai minuman keras yang mengandungi lebih 40 peratus kandungan alkohol dinaikkan sebanyak RM5 selitar.

Bantuan awal mengesan barah

Bayaran subsidi RM50 bagi setiap ujian mammogram di klinik dan hospital yang diiktiraf. Jumlah merupakan 50 peratus kos ujian mammogram.

Dana untuk NGO

Geran tahunan RM20 juta untuk NGO melaksanakan program komuniti, keluarga dan wanita akan dinaikkan menjadi RM30 juta.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Penubuhan Unit Khidmat Penyayang (Mayang) untuk mengenalpasti dan menghubungi kumpulan sasar.

Elaun kepada kanak-kanak OKU dinaikkan dari RM25 sebulan kepada RM50 sebulan. Membabitkan hampir 9,000 orang.

Program khusus melatih jurubahasa isyarat di sekolah pendidikan khas di bawah Kementerian Pelajaran.

Program latihan guru pendidikan khas untuk mengenalpasti dan membimbang kanak-kanak autistik.

Pelancongan

Pengusaha pelancong diberi pengecualian cukai duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kenderaan pacuan empat roda yang dipasang dalam negara.

Pengeculian cukai pendapatan bagi syarikat pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 500 pelancong luar negara atau 1,200 pelancong domestik setahun, dilanjutkan lima tahun lagi sehingga taksiran 2011.

Pengecualian cukai pendapatankepada pekerja bagi manfaat percutian dalam negeri yang disediakan oleh majikan yang kini hanya diberi ke atas tambang perjalanan, diperluas meliputi perbelanjaan penginapan dan makanan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM4.9 bilion, termasuk untuk menambah 2,000 kereta peronda dan 3,000 pemandu. Elaun gantian motosikal untuk polis peronda dinaikkan dari RM80 kepada RM120.


Malaysiakini, 1 Sept. 2006