Selasa, Julai 23, 2013

AYAM OH AYAM, MENGAPA HARGA KAU NAIK?




23 Julai 2013


Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR (Bernama) -- NAIK HARGA! Bukan gula, bukan juga minyak masak tetapi AYAM!

Sejak awal Ramadan, harga ayam menjadi polemik, naik mendadak sehingga di sesetengah tempat mencecah RM9.00 hingga RM10.00 sekilo!

Seperti lazimnya juga yang menjadi mangsa ialah pengguna, yang seperti tidak boleh tidak, mesti beli dan makan ayam meskipun harganya melambung.

Ekoran daripada kenaikan harga ayam yang melampau, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah memberi lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.

Syarikat berkenaan bagaimanapun perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Pihak itu juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.

Di samping itu, kerajaan juga menjadikan ayam antara 20 senarai barangan kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Di bawah langkah itu, harga siling ayam standard ditetapkan pada RM7.70 yang akan dilaksanakan pada 27 Julai, berkuatkuasa selama 17 hari hingga 26 Ogos depan.

SERING BERULANG

Umum tahu kenaikan harga terutama barangan keperluan harian hanya berlaku setiap kali menjelang musim perayaan termasuk hari raya Aidilfitri seawal hari pertama umat Islam berpuasa lagi.

Saban tahun, isu kenaikan harga barangan keperluan seperti tidak ada jalan penyelesaiannya. Mereka yang cuba menganalisis mengapa isu ini berlaku mungkin juga pening kepala memikirkan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan - pihak industri, kerajaan atau pengguna sendiri.

"Jika dianalisis industri ayam termasuk kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Penternak Ayam, memang mereka mengakui harga ayam naik disebabkan permintaan yang meningkat.

"Jika ini alasannya, mungkin antara penyelesaiannya adalah supaya pengguna mengurangkan pembelian ayam supaya permintaan tidak meningkat.

"Secara logiknya, keadaan itu akan menyebabkan harga ayam turun semula," demikian pandangan Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

HANYA ALASAN

Harga makanan dan ubat-ubatan ayam meningkat. Perkara ini sering dijadikan alasan oleh penternak ayam apabila berlaku kenaikan harga ayam.

Menurut Mohd Yusof, pihak beliau sukar menerima alasan demikian memandangkan harga makanan dan ubat-ubatan itu bukannya naik pada musim perayaan sehingga penternak perlu menaikkan harga ayam.

Beliau turut melontar soalan mengapa ayam yang diternak di dalam negara perlu diberi makanan dan ubat-ubatan ayam yang diimport.

Tambahnya, pengusaha ternakan ayam sering memberi alasan makanan ayam yang diimport lebih baik untuk pembesaran ayam.

"Soalannya apakah tidak mungkin diwujudkan syarikat tempatan untuk menghasilkan makanan ayam yang setanding dengan keluaran luar negara?

"Jika industri ayam adalah industri yang menguntungkan, sudah pasti ada pengusaha tempatan yang bersedia mengeluarkan makanan ayam yang boleh diterima pengusaha ternakan ayam.

"Cuma masalah bergantung kepada pengusaha ternakan ayam sendiri sama ada hendak membeli keluaran tempatan atau masih mahu bergantung kepada yang diimport? " kata Mohd Yusof.

PERLU DIKAWAL

Aktivis kepenggunaan itu memberitahu Bernama, ayam pernah dijadikan barang kawalan iaitu harganya ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, akibat daripada pelobian pihak industri, kerajaan memansuhkan ayam sebagai barangan kawalan.

Sejak itu, katanya, harga ayam ditentukan oleh pasaran, justeru berlakulah keadaan apabila permintaan meningkat, harganya turut meningkat dan sebaliknya turun jika permintaan menurun.

"Maka apabila berlaku sesuatu keadaan seperti wabak selesema burung sedikit masa dahulu yang menyebabkan orang takut makan ayam, harga ayam merudum agak rendah sekali.

"Ini menunjukkan industri ayam boleh menentukan harga ayam mengikut situasi.

"Mereka bersedia menurunkan harga ayam walaupun mengalami kerugian apabila mendapat tahu orang ramai kurang membeli ayam tetapi apabila permintaan untuk ayam meningkat semula, mereka mula menaikkan harga pada paras semaksimum mungkin untuk mendapat semula kerugian yang dialami sebelum ini," jelas Mohd Yusof.

MASALAH BEKALAN

Ramadan berkunjung saban tahun, begitu juga hari raya dan musim perayaan yang lain. Kebiasaannya pada tempoh perayaan berkenaan, permintaan untuk barangan keperluan pasti akan meningkat.

Mohd Yusof berpendapat penternak memang mengetahui permintaan ayam yang tinggi pada musim perayaan. Oleh itu, tidak timbul sebenarnya masalah kekurangan bekalan, kerana mereka memang bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat.

"Isunya di sini bukan masalah bekalan ayam yang tidak ada, seperti yang berlaku dalam kes ikan yang naik kerana masalah bekalan berkurang disebabkan musim tengkujuh.

"Kenaikan harga ayam lebih kepada faktor cuba memaksimumkan keuntungan disebabkan oleh permintaan yang meningkat.

"Untuk menghadapi keadaan ini adalah dengan mewujudkan persaingan melalui bekalan ayam import, jika sekiranya ayam import lebih murah daripada ayam tempatan," kata Mohd Yusof.

KUATKUASA KAWALAN

Penyelesaian masalah ayam ini pada masa ini sukar untuk diselesaikan dari dalam negara kerana industri ayam banyak dikawal oleh penternak persendirian yang besar.

Seperti yang ditegaskan Mohd Yusof, pihak berkenaan boleh menentukan bekalan dan harga.

"Jika mereka ingin mewujudkan kekurangan bekalan, mereka akan pastikan bekalan berkurangan.

"Pernah sebelum ini mereka membakar anak ayam kerana bekalan ayam berlebihan. Mereka juga boleh menyebabkan harga naik jika mereka mengenakan harga ladang yang tinggi," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah itu boleh diselesaikan dalam negara jika ada persaingan daripada industri ternakan yang bukan daripada pengusaha ternakan persendirian.

Beliau memberi cadangan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terbabit dalam industri ternakan ayam, atau konsep penternakan berkontrak yang dipasarkan oleh FAMA, yang dapat menjual ayam pada harga yang berpatutan, mungkin ia boleh diselesaikan dalam negara.

Mohd Yusof turut mengulas kemungkinan mewujudkan persaingan dengan mengimport ayam.

"Namun itu pun mungkin tidak menyelesaikan masalah jika ayam import juga mungkin tinggi, lebih tinggi daripada ayam import.

"Jika masalah ini tidak ada penyelesaian dan pengguna sendiri tidak dapat mengubah permintaan, maka ayam perlu dijadikan semula sebagai barang kawalan bagi mengelakkan harganya dimanipulasi.

"Situasi seperti sama dengan kerajaan menjadikan topeng muka sebagai barang kawalan semasa jerebu dahulu kerana harga topeng muka naik tinggi kerana permintaan meningkat," kata Mohd Yusof.

GUNA AKTA

Mohd Yusof turut merujuk kepada Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang dikuatkuasa sejak April 2011.

Akta itu boleh digunakan sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebih-lebihan, sama ada penternak, pemborong atau peruncit.

Pengguna perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya siasatan dapat dilakukan untuk mengenal pasti pihak mana yang menyebabkan kenaikan harga itu.

Dalam apa jua situasi, pengguna perlu berhemah. Ayam bukan seperti nasi yang menjadi makanan ruji.

"Ada pengguna yang seolah-olah tidak mempunyai selera makan jika tidak ada hidangan ayam sedangkan jika mengikut amalan makanan sihat, kita perlu mempelbagai jenis makanan.

"Masyarakat Malaysia perlu dididik dengan amalan pemakanan yang betul dan sihat. Mereka sebenarnya perlu makan banyak sayur-sayuran, diselang-seli dengan sedikit ayam atau daging atau ikan.

"Bukan hari-hari kita perlu makan ayam. Jika ini dapat dilakukan, mungkin seminggu kita hanya makan ayam dua kali. Dengan ini, permintaan ayam tidaklah meningkat dan harga pun tidaklah melambung," kata Mohd Yusof.

-- BERNAMA

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum,
untuk pengetahuan anda, makanan ayam dan ubatan import itu mmg menghasilkan ayam yang baik tetapi sangat memudaratkan kesihatan..sepatutnya kena galakkan penternak ayam memberi makan dengan sumber tempatan,,yang diimport itu adalah pelet GMO yang sangat mudarat
Kita kena lakukan perubahan di Malaysia ..banyak berdoa kepada Allah untuk lindungi ayam kita dari penyakit dan beri makan makanan hasil tempatan dan tolong jangan disuntik estrogen..Ingatlah..seekor ayam yang tidak thoiyyibah dimakan oleh org lain, dan menyebabkan kesakitan, maka kalian akan berdosa..dan Allah pasti membalas

KEMUDIKBERHAD berkata...

ayam segera masakini sepatutnya diimbangi dengan memakan sayur-sayuran yang original.

Assalamualaikum tuan/puan,
KOPI KEMUDIK, SUSU KAMBING, KOPI NANDUK/BIO-ASLI, TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Mohon pasarkan Kopi KEMUDIK .
Penghantaran melalui pos.
Pembayaran secara bank-in atau cek.
Kopi KEMUDIK
Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad
5 dalam 1

( Gula Halus , Krimer Bukan Tenusu , Kopi Segera , Habbatus Sauda , Fiber )

Kebaikan Fiber / Serat :

memudahkan proses pencernaan , memperbaiki pembiakan mikroflora yang baik , mengekalkan kesihatan saluran dalaman tubuh dan membantu mengurangkan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh, khususnya organ dalaman.

Kebaikan Habbatus Sauda :

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

RM 20 for 20 sachets

Postage cost : RM 10
Total cost : 30

To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com

Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/2013/05/kopi-kemudik.html
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/

SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
RM 22 for 20 sachets

Postage cost : RM 8
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com

Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html

Kopi Nanduk GOLD
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html

TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
Sesuai untuk tapak rumah dan bangunan
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html