|
Mereka yang tinggal di bandar dan berpendapatan di bawah RM2,000 adalah golongan yang paling terjejas. Mereka yang berpendapatan lebih tinggi seperti RM3,000 juga terjejas jika ada ramai anak. Perkiraannya mudah. Kita lihat jika seseorang itu mempunyai empat anak bersekolah.
Perbelanjaan bas sekolah adalah RM40 seorang. Ini bermakna perbelanjaan keseluruhan adalah RM160. Selepas kenaikan harga petroleum, katakan tambang bas dinaikkan RM10 seorang menyebabkan kos tambang bas sekolah meningkat kepada RM200. Ini belum lagi dengan perbelanjaan makanan di sekolah.
Bagaimana dengan penduduk luar bandar?
Di luar bandar, keadaan mungkin kurang terjejas kerana penduduk sudah biasadengan hidup sederhana, tetapi di bandar semuanya memerlukan wang.
Ini yang menyebabkan sesetengah penduduk bandar mempunyai dua pekerjaan. Bukan untuk hidup mewah, tetapi mencukupkan perbelanjaan yang meningkat. Sebab itu dalam keadaan sekarang, kenalah pandai-pandai mencari jalan penyelesaian.
Jika begitu, apa yang rakyat boleh buat?
Ubah cara berbelanja. Tabiat rakyat Malaysia berbelanja amat mengerikan. Kita menggunakan kad kredit hingga hutang kad kredit berjumlah berbilion ringgit. Kita banyak berhutang bukan saja sebesar-besar kereta dan rumah, malah membabitkan peralatan elektrik. Apabila hutang tidak mampu dibayar, kereta dan rumah ditarik balik. Ini fenomena membimbangkan kerana berhutang menyebabkan kehidupan kita tidak lagi berkualiti.
Bayangkan seorang graduan sebaik saja mendapat pekerjaan hingga pencen, menghabiskan hidupnya untuk membayar hutang kereta, rumah dan pelbagai perbelanjaan untuk menepati gaya hidup moden. Ini adalah trend yang membimbangkan kerana turut menyumbang kepada pelbagai masalah sosial seperti perceraian dan hidup dalam keadaan stress. Puncanya? Kita sendiri yang mencari masalah.
Tetapi perubahan gaya hidup menyebabkan ramai orang yang terpaksa mengikut keadaan?
Ini tidak saya nafikan. Tetapi kita kena memahami bahawa segala-galanya kini semakin mahal, terutama jika hidup di kawasan bandar. Sekarang mi rebus tidak boleh kita beli dengan harga RM2. Di Kuala Lumpur dan kebanyakan bandar besar, harganya mencecah RM3 atau RM4. Kita tidak boleh menyalahkan peniaga kerana kos operasi mereka turut meningkat. Bukan saja kadar sewa premis perniagaan naik, tetapi proses penyediaan makanan juga menjadi semakin mahal. Jadi apa salahnya kita berjimat dengan mengubah pola pemakanan yang selama ini sudah menjadi kebiasaan.
Kita boleh bersarapan di rumah. Jika masih hendak minum di pejabat, bawa saja kopi atau teh dalam termos. Bawa air masak lagi baik. Jika kita dapat bersarapan di rumah, sekurang-kurang duit yang dibelanja setiap pagi dapat dijimatkan.
Sebenarnya, ini boleh dilakukan. Seorang kawan saya yang ada lima anak dengan gaji hanya RM2,000 sebulan dapat menguruskan perbelanjaan dengan baik. Rahsianya? Dia tidak beli kereta dan berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki bas. Memanglah baki gajinya setiap bulan tidak banyak dan hanya boleh membuat sedikit simpanan. Tetapi lebih penting ialah dia tidak dibebani hutang.
Bagaimana dengan tabiat menggunakan telefon bimbit dan membeli-belah?
Gaya hidup menyebabkan kebanyakan orang menggunakan telefon bimbit. Kalau tidak perlu, mengapa guna? Ramai tidak sedar bahawa penggunaan SMS di kalangan rakyat kita amat tinggi. Memang sekali SMS dihantar, kos tidak banyak, tetapi apabila berkali-kali hantar, itu yang menyebabkan bil melambung.
Dari segi tabiat membeli-belah, banyak yang boleh kita perbaiki seperti dari membeli pakaian baru setiap tahun untuk menyambut perayaan kepada dua tahun sekali. Kalau orang dulu boleh buat, mengapa tidak kita sekarang. Pokok pangkalnya banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Kita tidak mahu akhirnya menjadi `pi mai pi mai, dok tang tu juga’.
Adakah gaya hidup kita sekarang kerana terlalu lama dimanjakan dan semua hendak senang.
Itulah yang berlaku, hendak senang tetapi apabila tidak ada duit, apa hendak senang lagi. Saya rasa sudah tiba masanya setiap orang mulai hari ini merancang belanjawan masing-masing secara berhemah.
Dulu, satu tangki kereta boleh kita isi dengan RM50 dan sekarang RM80. Jadi kita perlu bertanya kepada diri kita untuk melakukan perubahan. Kenaikan harga petroleum memberikan banyak kesan kerana segala-galanya berkaitan dengan petroleum. Pengangkutan dan elektrik menggunakan petroleum.
Mungkin ada kebaikannya harga petroleum dinaikkan kerana kerajaan sekarang mahu memberi perhatian terhadap pengangkutan awam.
Itu adalah tindakan yang patut dibuat sejak dulu. Bayangkan sekarang jika negara mempunyai `bullet train’. Tidak perlu tinggal sekitar Kuala Lumpur. Saya tidak kisah jika duduk jauh sikit seperti Ipoh dan berulang-alik ke Kuala Lumpur seperti yang dilakukan penduduk Jepun.
Langkah kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam dialu-alukan, tetapi saya minta janji untuk mewujudkan dana khas dibuat secara telus, baru rakyat akan percaya. Rakyat hendak melihat mulai tahun ini, kerajaan benar-benar melaksanakan apa yang dijanji.
Mungkin sudah tiba masanya kita mencari sumber tenaga pilihan menggantikan petroleum?
Ini yang sepatutnya kerajaan lakukan, tetapi masalahnya ialah kita hanya bercakap untuk mencari sumber tenaga pilihan apabila menghadapi masalah. Tetapi apabila senang, kita tidak memikirkan apa-apa. Kita ada kepakaran, malah ada kementerian khusus berkaitan sains, tenaga dan inovasi, mereka yang berkenaan patut memikirkannya.
Selain memperkatakan kesan negatif, mungkin ada iktibar apabila harga petroleum meningkat?
Kerajaan perlu memberi penekanan lebih serius terhadap usaha memajukan industri pertanian terutama sektor yang menghasilkan bahan makanan. Memang diakui sejak pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pertanian mendapat perhatian utama, tetapi saya fikir masih banyak yang boleh dilakukan dalam industri ini.
Saya percaya kesan negatif kenaikan harga petroleum terhadap kehidupan rakyat sekarang dan pada masa depan dapat diminimumkan jika bekalan makanan untuk rakyat mencukupi. Kita boleh majukan industri Tekonologi Maklumat (IT), tidak ada masalah. Tetapi apabila berlaku sesuatu masalah, kita tidak boleh makan cip mikro.
Ini yang menjadi masalah kerana Malaysia adalah pengimport makanan. Kita ada tanah pertanian terbiar antara 800,000 hektar hingga satu juta hektar. Kita perlu mencari jalan memajukan tanah itu. Masalahnya di negara kita ialah semua mahu dilakukan secara besar-besaran.
Kita perlu membuka peluang kepada sesiapa saja yang berminat untuk mengusahakan tanah pertanian. Saya sendiri kalau diberi tanah 20 hektar untuk diusahakan sanggup menjadi petani. Bagaimanapun, mesti ada syarat contohnya kalau tanah tidak diusahakan dalam tempoh tiga bulan, tanah boleh diambil semula untuk diusahakan oleh mereka yang betul-betul berminat.
Insentif yang sesuai mesti diberikan seperti pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk pihak yang mahu mengusahakan projek pertanian. Saya percaya jika bekalan makanan mencukupi dan tidak perlu mengimport dari luar, sebahagian besar masalah negara dapat diselesaikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan