Jan 12, 05 12:23pm
Lee Ban Chen |
![]() |
Misalnya, penyerahan memorandum yang ditandatangani 81 pertubuhan, yang meminta Kementerian Kesihatan menghentikan penswastaan dispensari di hospital kerajaan, jelas sekali merupakan perkara yang amat penting, yang membabitkan berjuta-juta rakyat yang memanfaatkan kemudahan itu.
Justeru itu, di samping memberi perhatian terhadap malapetaka dan kerja bantuan untuk mangsa tsunami, kerajaan, khasnya Kementerian Kesihatan, juga patut mengkaji dan memberi jawapan yang proaktif terhadap memorandum yang mewakili hasrat dan kepentingan berjuta-juta rakyat yang terbabit.
Tujuh alasan yang dikemukakan supaya cadangan penswastaan itu dihentikan serta-merta, patut dikaji oleh Kementerian Kesihatan, dan hasil kajiannya diumumkan agar satu rumusan atau dasar yang lebih adil dan saksama, dapat dipersetujui semua pihak terlibat. Saya ulangi tujuh alasan itu untuk perbincangan selanjutnya:
1. Mengikut angka tahun 2003, seramai 1.8 juta atau 80 peratus pesakit dalam dan 7 juta pesakit luar negara kita telah dirawat di hospital kerajaan. Ini bermakna tindakan memaksa mereka menanggung kos ubat-ubatan, akan membebankan berjuta-juta pesakit terbabit.
2. Menswastakan dispensari hospital kerajaan akan memberi tekanan kewangan terhadap lebih daripada 75 peratus keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah atau sederhana.

4. Malaysia mempunyai sistem kesihatan yang amat berkesan dari segi kos. Oleh itu, tidaklah munasabah jika ianya digantikan dengan sistem penswastaan yang sebaliknya akan meningkatkan kosnya.
5. Penswastaan "General Medical Store" pada tahun 1993 dan lima perkhidmatan sokongan dalam tahun 1997, telah menyebabkan peningkatan kos pada kadar yang tinggi. Hakikat ini membuktikan dasar penswastaan hospital kerajaan hanya menguntungkan badan swasta.
6. Keunggulan sistem kesihatan sekarang, umpamanya kos yang berkesan dan berkemampuan menampung berjuta-juta pesakit dengan percuma atau dengan bayaran minima, tidak patut diubah atau diswastakan tanpa persetujuan atau mandat rakyat.
7. Sistem kesihatan awam kita merupakan satu komponen penting untuk mewujudkan wawasan sebuah masyarakat penyayang di mana orang kurang upaya, golongan miskin dan wargatua, diberi perlindungan dan pembekalan kemudahan asas yang sempurna. Prinsip dan wawasan ini hendaklah dikekalkan.
Empat tuntutan
Demi menunaikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi untuk melaksanakan dasar mesra rakyat dan berkhidmat kepada rakyat, Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek hendaklah lebih bersikap terbuka, telus, bertanggungjawab dan bersedia berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan agar kepentingan berjuta-juta pesakit tidak terjejas oleh sebarang program penswastaan yang membabitkan hospital kerajaan.

1. Membatalkan cadangan dispensari swasta di hospital kerajaan.
2. Melakukan kajian terhadap penswastaan yang telahpun dilakukan dalam bidang kesihatan dan mengumumkan keputusannya kepada rakyat.
3. Mengadakan dialog dengan rakyat sebelum sebarang penswastaan dan pengkorporatan selanjutnya di bidang kesihatan.
4. Mengurangkan pembaziran wang rakyat kesan daripada penswastaan projek dengan kos yang jauh lebih tinggi daripada kos yang dikenakan sebelum penswastaan dilaksanakan.
Sikap berdolak-dalik – umpamanya menafikan laporan akhbar yang berkaitan atau cuba mengelakkan isu yang dikemukakan sebagai isu yang tidak benar bagi meredakan kemarahan atau bantahan rakyat, – bukan satu sikap yang ikhlas.
Rasanya kontroversi penswastaan bidang kesihatan telah lama berlarutan, dan sudah tibalah masanya untuk kerajaan mengkaji semula dasar berkaitan dengannya, untuk menjamin supaya kepentingan berjuta-juta rakyat yang menggunakan kemudahan hospital kerajaan dan wawasan masyarakat penyayang, tidak terjejas.
Langkah itu eloklah dimulakan dengan membuat kajian terperinci dan memberi jawapan secara tegas, telus dan bertanggungjawab terhadap empat tuntutan dalam Memorandum 81 Pertubuhan itu.
Zaman mengabaikan memorandum badan bukan kerajaan, patut sudah tamat jika jaminan Perdana Menteri Abdullah untuk mesra rakyat dan berkhidmat kepada rakyat, adalah ikhlas dan merupakan dasar baru kerajaan Barisan Nasional.
Jika Memorandum 81 Pertubuhan yang mewakili hasrat dan kepentingan berjuta-juta rakyatpun boleh diabai atau dienteng-entengkan, maka maka kata-kata mengenai ‘mesra rakyat dan berkhidmat kepada rakyat’ itu hanyalah omong kosong sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan