HARI ini, pada 15 Mac 2005, seluruh dunia sedang meraikan sambutan Hari Pengguna Sedunia. Hari ini disambut sebagai satu pengiktirafan kepada hak kita semua sebagai pengguna.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pengguna kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengguna di seluruh dunia.
Menyoroti gerakkan kepenggunaan di Malaysia yang didokongi oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), kita menyedari bahawa usaha menyedarkan seluruh rakyat tentang hak mereka bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pelbagai kajian dan analisa dibuat bagi membuka mata dan minda pengguna di Malaysia tentang kualiti dan tahap keselamatan produk yang berada di pasaran. Walau pun tidak semua produk merupakan barangan yang merbahaya untuk pengguna namun kecuaian dan kurangnya maklumat membolehkan pengguna di tipu dengan mudah oleh penjual untuk membeli yang tidak berkualiti.
Sebagai contoh, kereta Proton Wira, Waja dan Perdana yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia yang dijual di dalam Negara adalah rendah mutunya berbanding yang dijual di luar Negara. Perkara ini bukanlah satu rahsia dan telah banyak kereta yang dikeluarkan oleh pihak PROTON yang dihantar semula ke pusat servis selepas 3-6 bulan dibeli. Antara masalah yang popular dilaporkan adalah lampu depan yang tercabut, ‘body’ kereta yang mudah kemek, suspension tak berfungsi, Alarm, warna cepat lusuh dan sebagainya.
Bukan produk kereta sahaja yang bermasalah, banyak lagi produk yang dihidangkan kepada pengguna seperti peralatan elektronik, komputer, barangan rumah dan pejabat yang sifatnya adalah barangan pakai buang.
Selalunya kos pembaikan agak mahal, sekurang-kurangnya 1/3 atau 1/2 dari harga baru barang tersebut. Jaminan atau ‘W’arranty’ bagi sesuatu produk kadang kala tidak menjamin keseluruhan kualiti produk itu. Seperti mesin basuh, hanya enjinnya/motornya sahaja yang ada ‘warranty’. Ini bermakna pengguna terpaksa bayar kos lain untuk kerosakkan lain.
DPPWP berharap agar pekilang – pekilang di Malaysia prihatin dan mengeluarkan produk jangka panjang dan berkualiti untuk pengguna. Rakyat Malaysia tidak lokek untuk membayar lebih sekiranya barang yang dikeluarkan itu benar – benar tahan lama dan berkualiti tinggi.
Para pekilang juga perlu berusaha meningkatkan inovasi pengeluaran dengan mengeluarkan barangan yang berkualiti dan murah bagi menyaingi barangan cetak rompak.
Menyentuh isu yang berkaitan dengan cetak rompak, Malaysia kini berada dalam senarai antara Negara utama yang terlibat dalam industri cetak rompak di Asia. Dari CD hinggalah kepada peralatan canggih seperti telefon, hardware dan software computer, pakaian dan sebagainya. Lihatlah pelbagai jenama produk terkemuka seperti Levis, Camel, Dunhill, Nike dan banyak lagi yang boleh ditemui dengan harga murah di tepi jalan sepanjang Jalan Tunku Abd Rahman, Jalan Masjid India, Petaling Street dan banyak tempat lagi diseluruh Negara.
Peniaga dan pengguna tidak boleh disalahkan 100% dalam masalah cetak rompak ini. Seharusnya pihak pekilang dan pengeluar memahami bahawa mereka boleh mengatasi masalah ini jika mereka berani menurunkan ego dan harga komersial mereka. Selalunya barangan yang berjenama itu tidaklah terlalu tinggi kosnya.
Kebiasaannya harganya melambung setelah menokok tambah kos penjenamaan dan promosi yang kononya merangkumi sekitar 50%-80% dari harga barangan yang dijual. Sekiranya mereka menurunkan harga pada tahap yang releven dengan saku pengguna, pastinya harga mereka boleh bersaing dipasaran dan menyebabkan barangan cetak rompak kehilangan pelanggan setianya.
Di samping itu, DPPWP juga melihat bahawa ramai peniaga yang cuba menipu pelanggan dengan tidak mempamerkan harga barang jualan mereka dengan jelas termasuk di pasaraya besar dan kedai-kedai runcit. Promosi potongan harga dibuat hanya bagi barang-barang yang sememangnya benilai rendah dan tidak berkualiti.
Selain masalah di atas, pengguna di Malaysia juga dihantui dengan masalah kenaikkan harga pasaran semasa. Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Januari 2005 ialah 107.5, naik sebanyak 2.5% berbanding Januari 2004 (105.0). Perubahan yang ketara ini merisaukan para pengguna kerana ianya melibatkan kenaikkan harga bagi semua kumpulan utama kecuali bagi indeks produk Pakaian dan kasut yang turun sebanyak 1%.
Indeks harga makanan meningkat +3.2%, Pengangkutan dan perhubungan +2%, pelbagai barangan dan perkhidmatan +1.6%, Perbelanjaan Rawatan Perubatan dan Kesiahatan +1.4%, sewa, bahan api dan kuasa +1%. Secara keseluruhannya Kenaikkan harga Makanan, sewa, bahan api dan kuasa serta pengangkutan dan perhubungan telah menyumbang sebanyak 73.5% kepada kenaikan IHP pada tahun ini.
Dasar kerajaan yang membenarkan permintaan kenaikkan harga petrol, diesel, tol, daging, ayam, surat khabar oleh para pengeluar telah menyebabkan rakyat tertindas. Jika di teliti, Trend kenaikkan ini berlaku hampir setiap 2 bulan sejak akhir tahun lalu. Ini mengusarkan para pengguna dan ianya telah menambahkan beban kewangan para pengguna kerana pendapat isi rumah tidak berubah dengan banyaknya.
DPPWP menyarankan agar pihak Kerajaan membuat kajian semula terhadap Dasar Anti Lambakkan yang diperkenalkan bagi memastikan agar bekalan dan harga pasaran barangan pengguna dapat diturunkan. Tidak guna jika Kerajaan cuba melindungi pekilang tempatan dengan menaikkan cukai import kepada 100%-300%, tetapi dalam masa yang sama kualiti mereka tidak pernah bertambah baik. Perkara ini bukan baru, Dasar Anti Lambakkan ini telah lebih 20 tahun diperkenalkan tetapi tidak banyak kemajuan dicapai.
DPPWP dimaklumkan bahawa berjuta ringgit geran bantuan kerajaan tidak diambil oleh pihak pekilang dalam Negara yang di tawarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memajukan produk mereka. Kita khuatir jika dana ini disalahgunakan untuk projek yang tidak sepatutnya, seharusnya MITI proaktif dalam mempromosikan geran ini agar ianya diketahui umum.
DPPWP berharap agar Cukai Anti Lambakkan ini dikurangkan atau dikecualikan bagi produk makanan dan barangan utama pengguna yang diimport dari Negara – negara ASEAN sebagai alternatif penyelesaian kepada masalah kekurangan sumber pertanian dalam Negara.
Dalam masa yang sama pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani perlulah dipulihkan dan ditingkatkan dengan mengutamakan penanaman serta penternakan produk yang menjadi keutamaan serta keperluan utama rakyat seperti beras, gula, ayam, daging dan sayuran. Geran tanah pertanian bagi masyarakat luar bandar perlulah diperbanyakkan dan dalam masa yang sama pemantauan terhadap pembukaan kawasan baru dapat dilakukan bagi mengatasi masalah kawasan pertanian haram.
Bagi DPPWP, kerajaan boleh meneruskan Cukai Anti Lambakkan bagi produk yang diimport dari Negara Amerika dan sekutu Israel sebagai tanda memprotes tindakkan ganas Rejim Israel di Palestine. Dalam pada itu, keutamaan barangan import harus diberi kepada pengimport dari Negara Asia dan Negara-negara sedang membangun yang lain bagi menyokong perkembangan industri dan perdagangan antarabangsa agar lebih seimbang pada masa akan datang, sesuai dengan kepesatan era globalisasi.
Isu seterusnya adalah berkaitan dengan kesahihan jaminan HALAL sesuatu produk dipasaran seperti Ayam, daging dan makanan dalam tin yang kini telah menjadi isu hangat dalam masyarakat pengguna. DPPWP memandang serius perkara ini dan seharusnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memainkan fungsinya dengan aktif bagi menyiasat kejadian pemalsuan logo HALAL. Penguatkuasaan dari JAKIM dan Jabatan Agama disetiap negeri perlulah dilakukan dengan tegas dan memastikan logo HALAL tidak disalah gunakan.
Kini, setiap bulan kita didedahkan dengan pelbagai penemuan produk Haram yang dicop Halal dan dikilangkan dalam Negara. Kawalan terhadap penyembelihan dan pemprosesan babi di Negara ini perlulah diperketatkan agar ianya tidak disalahgunakan atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk seperti sosej, makanan dalam tin dan makanan ringan lainnya. Jika perkara ini tidak diambil serius, maka langkah kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai Negara Pengeksport Barangan Halal terkemuka (Halal Hub) didunia tidak akan tercapai.
Bersempena dengan sambutan Hari Pengguna pada hari ini, DPPWP menyeru agar para pengguna di negara dapat meningkatkan ilmu kepenggunaan dan bersifat sensitif terhadap perubahan harga pengguna di pasaran. Sekiranya para pengguna mempunyai pengetahuan pastinya gerakkan pengguna akan lebih lantang dari sekarang dan pastinya kelantangan itu akan mengusarkan para peniaga khususnya bagi mereka selalu menipu pengguna.
Kita perlu bersatu untuk berjuang dalam memastikan perkhidmatan Hospital, pendidikan tidak diswastakan, begitu juga dengan harga pasaran barangan pengguna, kita berharap agar ianya dapat distabilkan.
DPPWP juga berharap agar pihak Kerajaan mengambil langkah segera dalam membendung ‘pesta naik harga’ yang kian menggila kini. Mungkin ahli kabinet tidak merasai kepayahan ini kerana mereka makan, minum, kos pengangkutan dan rumah mereka ditanggung dengan dana negara. Tetapi fikirkanlah rakyat marhaien yang bekerja diladang, dilaut dan dibendang yang pastinya tidak mampu menghadapi kemelut ini jika dibiarkan berterusan.
“Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan