Khamis, Mac 17, 2005

Sosej usus babi: Hotel terkemuka, restoran antara premis yang menyajikannya

Thursday, March 17 @ 07:00:00 MYT


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Mulai hari ini pastikan anda berhati-hati apabila ingin membeli ataupun menjamah sosej di sebarang tempat di negara ini, kerana dikhuatiri sosej yang dimakan itu diperbuat daripada usus babi.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses sosej yang berada di Selayang telah menemui penemuan yang menggemparkan apabila mendapati sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus babi.

Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan sensitiviti penduduk Islam di negara ini.

PPIM dalam satu kenyataannya ketika ditemui oleh Harakahdaily menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah Gourmessa, Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House dan Maspac.

Menurut PPIM, kebanyakkan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific (Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac).

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage.

Bagaimanapun, menurut Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan pada masa ini tidak ada logi-logi di luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan 'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran sahaja untuk menghasilkan sosej.

Sementara itu, Noor Nirwandy berkata, pengguna-pengguna beragama Islam dinasihatkan berwaspada apabila membeli sosej dan diingatkan supaya mengenalpasti sosej yang dibeli tidak mengandungi usus babi.

katanya, untuk mengenalpasti sosej itu mengandungi usus babi, terdapat sejenis sarung yang nipis yang membaluti sosej apabila sosej itu dipatahkan.

Malah katanya, sosej yang dicampur usus babi itu akan lebih rangup setelah digoreng.

"Umat Islam harus berhati-hati dan memerhatikan pengilang-pengilang yang mengeluarkan sosej seperti ini," katanya semasa ditemui di pejabat PPIM di Keramat petang tadi.

Hari ini PPIM bersama Majlis Permuafakatan (Mapan) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Gombak berhubung perkara itu. - SH/mks.

5 ulasan:

Noor Rikha Amran berkata...

Nak tanya, bukankah omcorp di kajang tu, org Islam punya. Macam mana dia pun guna usus babi. Adakah dia kurang ilmu disitu. sungguh merisaukan hati saya.

Tq in advance

Unknown berkata...

salam saUdara . saya Alam dr penang. adakah sosej haram ini melibatkan kesemua giant sosej di pasaran? tmasuk d pssr malam, aeon mall? facebook : Noor Alam (Abu Nawaz) . email : dgcroach@hotmail.com.

Syed_Almashor berkata...

Usus babi diimport dari Cina untuk produk babi sahaja...Usus yang digunakan oleh kilang-kilang yang dapat logo HALAL datang dari usus bebiri dari New Zealand dan Australia yang diluluskan oleh JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Ceyhun Kaya berkata...

maaf info byk yang salah... cuba rujuk betul2.. gourmessa ada tanda halal jakim...

dan yang nampak sangat ialah german delicatessen...

german delicatessen ni pemilik dia lelaki german muslim... isteri dia MElayu Islam kawan lama mak saya.... saya sendiri pernah pergi rumah dia jumpa suami dan isteri... tolong research betul2.. kalau tidak kenapa di website mereka pun ada halal jakim

yustr8 berkata...

ada lagi satu keraguan sebenarnya... jika bukan menggunakan casing babi sekalipon... contoh casing dr kambing. adakah kambing tersebut di sembelih mengikot syarak... jika tidak manakan halalnya...

sila betulkan saya jika salah...