Muhammad Sha'ani Abdullah Tue | Apr 10, 07 | 12:40:43 PM | |
Kenapakah tembakau suatu keutamaan kesihatan umum? Tembakau merupakan penyebab kedua terbesar kematian di dunia. Ia menyebabkan kematian dewasa satu dalam sepuluh seluruh dunia(5 juta kematian setahun)Jika tabiat merokok berterusan akan menyebabkan kematian hampir 10 juta setahun sehingga tahun 2020. Separuh daripada bilangan perokok kini-yakni hampir 650 juta orang-akan mati akibat tembakau. Tembakau adalah faktor risiko penyakit keempat penting di dunia. Beban kos tembakau juga adalah dasyat. Tambahan pula kos rawatan kesihatan umum untuk merawat penyakit-penyakit berpunca penggunaan tembakau, tembakau juga membunuh orang pada usia puncak produtivitinya, menghilangkan tempat gantung bagi keluarga-keluarga dan negara tenaga kerja yang sihat. Tembakau dan kemiskinan berkait rapat. Samping kesan buruk secara langsung terhadap kesihatan, tembakau juga menyebabkan kekurangan pemakanan, kos kesihatan yang tinggi serta kematian bayi. Ia juga menyumbangkan terhadap buta huruf dan menjerumuskan kadar kemiskinan. Pengalaman menunjukkan bahawa terdapat banyak cara-cara yang berkesan dan murah untuk mengawal tabiat merokok dalam keadaan-keadaan yang berlainan. Strategi yang berkesan adalah dasar-dasar umum seperti:
Kesemua langkah-langkah ini telah dibincangkan dalam peruntukan-peruntukan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Bagi kawalan Tembakau (FCTC)WHO. Malangnya langkah-langkah kesihatan awam Malaysia dilemahkan oleh langkah-langkah syarikat tembakau multinasional terkemuka. Syarikat-syarikat ini telah lama mengelak daripada sekatan periklanan dengan menjalankan amalan periklanan tidak langsung yang menggunakan jenama, satu masalah yang perlu ditangani negara dengan mengharamkan iklan secara menyeluruh pada tahun 2003. Kini syarikat-syarikat itu sedang berusaha untuk melemahkan kenaikan cukai tembakau dengan menawarkan diskaun dan menambah bilangan rokok dalam peknya. Setiausaha Agung FOMCA Harakahdaily |
MAKLUMAN!
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan