Jumaat, Jun 27, 2008

PENGUSAHA DIMINTA BINCANG ISU KAD KREDIT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta pengusaha stesen minyak berbincang dengan syarikat kad kredit bagi menyelesaikan isu pemberhentian sementara urus niaga menggunakan kad itu mulai semalam yang kini memberi kesan dan menyusahkan pemilik kenderaan.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi memastikan wujud keadilan kepada pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jualan pengusaha akan terjejas dengan langkah terbaru itu.

"Saya simpati dengan permintaan pemilik kenderaan dan pengusaha yang berdepan dengan margin keuntungan rendah dan penggunaan kad kredit akan mengurangkan lagi margin mereka. "Saya harap isu ini dapat diselesaikan antara syarikat minyak dan syarikat kad kredit supaya tidak menyusahkan pengguna," katanya di lobi Parlimen, di sini semalam.

Muka depan Berita Harian semalam melaporkan semua stesen minyak akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai semalam sehingga kerajaan memenuhi tuntutan menaikkan komisen jualan minyak.

Keputusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.

Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

Shahrir berkata, pengusaha harus diberi peluang memikirkan sama ada menerima urus niaga menggunakan kad kredit jika urus niaga itu merugikan pihak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin mengenai penutupan stesen minyak dan kenaikan harga petrol RM1 seperti yang berlaku di Sabah, semalam sehingga mewujudkan pembelian panik.

Shahrir berkata, pengusaha stesen minyak di Sabah memberi jaminan operasi tidak akan ditutup sekali gus menolak khabar angin mengenainya yang tertumpu di bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna akan menjadi mangsa kepada kemelut itu jika pertikaian antara kerajaan dan PDAM tidak diselesaikan segera.

"Fomca percaya tindakan PDAM adalah tanda protes dengan kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan mereka. Tindakan itu akan ditanggung pengguna, terutama yang sering menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak," katanya.

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN

Oleh Nor Azma Laila

Peniaga diberi amaran tak ambil kesempatan dengan kenaikan gaji pekerja bank

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga supaya tidak terus mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi harga barang berikutan kenaikan gaji pekerja bank.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata kenaikan itu tidak seharusnya dijadikan penyebab oleh peniaga untuk menaikkan harga barang kerana ia tiada kena mengena dengan kos operasi dijalankan peniaga.


"Saya tidak nafikan, buat masa ini, harga barang memang sudah naik berikutan kenaikan harga minyak.

"Bagi memastikan peniaga tidak terus mengambil kesempatan di atas situasi ini, penguat kuasaan sentiasa dilakukan ke atas barang kawalan seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, susu pekat manis, roti, ayam, minyak masak dan simen," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas adakah kenaikan gaji pekerja bank akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang.

Semalam akhbar melaporkan kira-kira 32,000 kakitangan perkeranian dan bukan perkeranian bank perdagangan di negara ini menerima durian runtuh apabila mendapat kenaikan gaji 17 peratus melalui perjanjian bersama (CA) yang dimeterai kelmarin.

Kenaikan gaji melalui CA bagi tempoh antara 2006 hingga tahun itu adalah yang tertinggi sejak 10 tahun lalu kerana dalam CA sebelum ini pada 2005, kenaikan gaji hanya sembilan peratus.

Shahrir berkata, bagi barang yang bukan dalam senarai kawalan, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan tidak membeli barang yang dijual dengan harga mahal sebaliknya mendapatkan barang pengganti.

"Selain kerajaan, pengguna juga perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah peniaga yang menaikkan harga barang dengan tidak membeli barang mereka supaya lama-kelamaan mereka akan menurunkan harga.

"Saya yakin, pekerja yang menerima kenaikan gaji ini akan menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik kerana mereka adalah kakitangan yang terbabit dalam urusan perbankan dan tahu untuk menguruskan hal kewangan dengan bijak tanpa melakukan pembaziran," katanya.

Beliau berkata, media juga perlu memainkan peranan positif dengan melihat kenaikan gaji itu sebagai aspek positif yang boleh membantu meringankan beban rakyat tatkala negara dibelenggu dengan isu global iaitu kenaikan harga minyak dan krisis makanan.

"Jangan melihat kenaikan gaji ini dari aspek negatif yang akan terus menjadi penyumbang kepada kenaikan harga barang.

"Saya tahu isu kenaikan harga barang memang akan menjadi topik hangat di kalangan media, bagaimanapun media sepatutnya boleh melihat perkara ini dari sudut positif yang boleh membantu meringankan beban rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman tidak menafikan ada sesetengah peniaga yang akan mengambil kesempatan untuk terus menaikkan harga barang berikutan kenaikan gaji itu.

"Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan kerana kenaikan gaji itu tiada kaitan dengan urusan peniaga dan jika kenaikan harga barang berlaku, ia hanya faktor kecil kerana harga barang memang sudah naik berikutan kenaikan harga minyak.

"Tindakan penguat kuasaan sangat penting pada masa ini bagi memastikan peniaga tidak terus bermaharajalela untuk menaikkan harga barang terutama barang kawalan," katanya.

FOMCA SYOR KADAR TOL KEKAL

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya kadar tol di lebuh raya yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) perlu menyediakan laluan untuk motosikal dan kadar tol yang ditetapkan tidak akan berubah-ubah.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan perlu membuat penelitian secara terperinci sebelum menandatangani kontrak bersama syarikat konsesi bagi memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat diberi keutamaan.

Katanya, kerajaan perlu menambah peruntukan bagi menyediakan laluan untuk motosikal yang berupaya mengurangkan risiko kemalangan manakala penetapan kadar tol sekali saja adalah untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan peningkatan kos berkenaan.

“Kita berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya sebelum menandatangani perjanjian konsesi terutama membabitkan kadar tol bagi mengelakkan pengguna lebuh raya membayar pada harga tinggi setiap kali kajian semula dilakukan.

“Bagi laluan pengguna motosikal pula, kerajaan perlu memberikan peruntukan tambahan kerana kebanyakan lebuh raya di negara ini tidak menyediakan kemudahan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Yusof mengulas komitmen kerajaan dalam RMK-9 menjelang 2010 yang mahu membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa II Kuantan-Kuala Terengganu, Senai-Desaru dan Kemuning-Shah Alam bagi meningkatkan kapasiti, kecekapan dan liputan rangkaian infrastruktur pengangkutan.

Beliau berkata, dengan pembinaan lebuh raya itu pengguna akan dapat menjimatkan masa perjalanan sekali gus memberi keselesaan sepanjang melalui laluan berkenaan.

Ditanya mengenai komitmen kerajaan untuk membina jalan menghubungkan kawasan penempatan semula dengan kawasan perindustrian luar bandar dan estet terutama di Sabah dan Sarawak, Mohd Yusof berkata, ia adalah perlu bagi membantu merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi di lokasi berkenaan.

“Pembinaan jalan raya ini perlu mengutamakan kawasan seperti di Sabah dan Sarawak supaya ia dapat membangunkan lokasi perindustrian di lokasi berkenaan,” katanya.


Berita Harian,
27 Jun 2008

Selasa, Jun 17, 2008

SALAH ANGGAP PUNCA RAMAI PEMANDU RAGU-RAGU

PERMINTAAN terhadap pemasangan NGV menunjukkan peningkatan mendadak sehingga lebih 300 peratus sepanjang minggu pertama kenaikan harga minyak diumumkan, walaupun pelbagai spekulasi negatif berkenaan penggunaan bahan bakar itu dihebahkan kebanyakan pihak.

Malah, permintaan tinggi itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan hanya boleh memiliki sistem itu pada September ini berikutan ketidakupayaan syarikat pemasangan sistem NGV memenuhi peningkatan mendadak itu.

Ketua Pegawai Operasi Nice Network Diversified Sdn Bhd (Nice), Suhaini Misnan, berkata selama ini ramai tidak mahu memasang sistem NGV pada kenderaan mereka kerana sering disogokkan dengan tanggapan negatif mengenai masalah selepas menggunakan sistem itu.


Beliau berkata, isu paling kerap menjadi pertikaian ialah bilangan stesen menyediakan kemudahan NGV masih sedikit menyebabkan pemilik kenderaan bimbang sukar mendapatkan bekalan.

"Realitinya, Petronas sudah dan sedang berusaha keras menambah stesen NGV di lebih banyak stesen seluruh negara, malah difahamkan sudah ada stesen di kawasan Pantai Timur dalam proses penyediaan kemudahan itu.

"Pengguna sepatutnya tidak perlu menunggu sehingga semuanya sempurna baru nak menukar kepada sistem itu. Isu ini hanya timbul di kalangan mereka yang belum menggunakan sistem NGV kerana bagi sesiapa yang sudah menggunakannya pasti sudah tahu cara menjadualkan pengisian gas tanpa perlu bersesak dengan kenderaan lain seperti teksi.

"Sebenarnya, bagi pengguna NGV di Lembah Klang, ada cara mendapatkan NGV dengan mudah, tambahan pula kini sudah banyak stesen NGV dibuka di seluruh Lembah Klang. Janganlah pergi ke stesen di tengah pusat bandar kerana ia menjadi tumpuan pemandu teksi berehat sambil mengisi gas. Banyak lagi stesen yang selalunya lengang," katanya.

Selain isu itu, Suhaini yang mengendalikan satu syarikat pemasangan NGV terbesar di negara ini berkata, ada pemilik kenderaan disogokkan dengan dakwaan pemasangan sistem NGV akan menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi sekiranya terpaksa beralih menggunakan sistem lama apabila kehabisan gas.

"Kenyataan itu ada benar dan tidak. Jika pengguna sistem NGV tidak memastikan sistem petrol berfungsi dengan baik, ia pasti akan menjejaskan prestasi sistem itu apabila bertukar ke penggunaan petrol.

"Kebanyakan pengguna NGV tidak langsung menggunakan sistem petrol pada jangka masa lama. Ia menyebabkan kandungan petrol akan menyejat, sekali gus menjejaskan prestasi sistem petrol. Secara tidak langsung, gangguan itu akan menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, jika pemilik kenderaan menggunakan sistem NGV menguruskan sistem petrol dengan baik, iaitu dengan sekurang-kurangnya menghidupkan enjin pada setiap pagi menggunakan sistem petrol, ia dijamin tidak membawa sebarang kesan kepada sistem lama.

Beliau berkata, sikap pemilik kenderaan di negara ini yang salah meletak kepentingan juga menjadi satu punca ramai tidak mahu bertukar ke sistem NGV, terutama bagi mereka yang tidak mahu kehilangan ruang penyimpanan barang.

"Inilah satu punca utama. Ramai sayangkan ruang simpan barang yang jarang digunakan daripada memikirkan pelaburan tinggi bagi mengisi minyak sedangkan ada alternatif lain bagi penyimpanan barang seperti memasang ruang di bumbung.

"Jika dikaji secara logik, ruang simpan barang hanya digunakan secara optimum pada sesuatu masa tertentu seperti ketika mahu pulang ke kampung. Kebanyakan masa lain, ruang itu hanya digunakan sesekali, malah ada yang langsung tidak membuka ruang itu sekian lama, tetapi minyak perlu diisi selalu. Jadi, mana lebih patut diberi keutamaan?" katanya.

Isu keselamatan juga menjadi punca masih ramai berfikir panjang untuk memasang sistem NGV berikutan ada dakwaan tangki silinder yang menyimpan gas itu boleh meletup dan membahayakan keselamatan, terutama penumpang di kerusi belakang.

Menjawab persoalan itu, Suhaini berkata realitinya, menggunakan NGV jauh lebih selamat kerana gas itu lebih ringan daripada udara. Sebarang kebocoran akan hanya menyebabkan gas itu tersebar pantas tanpa sempat disambar api.

"Tangki silinder menempatkan gas dicipta dengan pelbagai ciri keselamatan terbaik termasuk kalis peluru, hentakan, api dan letupan. Jika berlaku kemalangan sehingga meranapkan seluruh kenderaan sekalipun, tangki itu akan tetap berkeadaan seperti asal," katanya.

Beliau mengakui, masalah utama ramai pemilik kenderaan tidak mampu memasang sistem NGV ialah kerana kos pemasangannya yang agak tinggi sehingga ada mencecah RM8,000. Namun katanya, kini sudah ada syarikat kewangan memberi pinjaman bagi tujuan pemasangan sistem itu dengan bayaran balik antara dua hingga 10 tahun.

"Kerajaan mesti memikirkan mekanisme membantu pemilik kenderaan memasang NGV seperti memberi subsidi, yang dipraktikkan di Thailand. Di sana, mereka memperoleh subsidi RM1,000 bagi setiap pemasangan, malah ada negara memberikan tangki silinder percuma," katanya.

Berita Harian
16 Jun 2008

MASALAH KOS, TAPAK KEKANGAN BUAT PETRONAS

PETRONAS komited menjayakan program penggunaan NGV di negara ini demi kepentingan alam sekitar dengan mensasarkan penambahan jumlah stesen yang menyediakan kemudahan itu kepada 200 stesen selewat-lewatnya pada 2010.

Namun, atas beberapa faktor, termasuk kos melengkapkan kemudahan agak tinggi iaitu mencecah RM1.5 juta untuk stesen sedia ada dan sehingga RM4.5 juta untuk stesen baru (tidak termasuk kos pembelian dan penyewaan tanah) menyebabkan perkembangan itu agak sedikit perlahan.

Pegawai Komunikasi Unit Penjenamaan Petronas Dagangan Berhad, Rahayu Sri Kirana Ahmat Adambe, berkata sehingga kini Petronas mempunyai sebanyak 90 stesen servis yang mempunyai kemudahan NGV, iaitu merangkumi 80 stesen yang sudah beroperasi, manakala 10 stesen lagi akan memulakan operasinya dalam masa terdekat.


Malah, katanya, menjelang akhir tahun ini, Petronas Dagangan merancang menyediakan kemudahan NGV di 100 stesen di seluruh negara.

Beliau berkata, Petronas memperkenalkan NGV di negara ini sebagai usaha untuk menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih bersih dan perniagaan itu sebenarnya terbuka kepada mana-mana syarikat minyak yang berminat.

"Bagaimanapun, harga kos gas tinggi berbanding harga jualan gas yang rendah mungkin menjadi punca utama tiadanya sambutan daripada syarikat lain untuk menceburi bidang ini.

"Sejak memperkenalkan NGV secara komersial di negara ini, Petronas sudah menanggung subsidi yang tinggi untuk bahan bakar ini. Setiap penjualan NGV pada harga 68 sen seliter, jumlah subsidi ditanggung Petronas ialah RM2. Untuk 2007 saja, jumlah subsidi ditanggung Petronas ialah RM143 juta, malah sejak 1997 hingga kini, subsidi ditanggung berjumlah RM450 juta.

"Selain daripada faktor subsidi, beberapa aspek lain seperti kekurangan saluran paip gas di kawasan strategik, harga kos peralatan dan operasi stesen NGV yang tinggi juga menjadi antara sebab mengapa perniagaan NGV tidak mendapat sambutan daripada syarikat minyak lain," katanya.

Beliau berkata, penggunaan NGV bagi kenderaan ringan adalah alternatif terbaik menangani krisis kenaikan harga minyak ketika ini kerana ia mampu menjimatkan sehingga 75 peratus kos bahan bakar berbanding penggunaan petrol atau diesel.

Malah, katanya, jumlah kenderaan memasang NGV di negara ini juga menunjukkan peningkatan dengan 33,058 kenderaan termasuk 2,000 kenderaan persendirian, 140 bas, 10 lori dan selebihnya teksi sudah menggunakan sistem itu sehingga 31 Mei tahun ini.

Bagaimanapun, Petronas Dagangan tidak dapat membuat kesimpulan peningkatan harga minyak akan mendorong lebih ramai pemilik kenderaan memasang sistem NGV kerana masih terlalu awal untuk melihat sebarang perbezaan ketika ini.

Mengenai kesan penggunaan NGV kepada prestasi kenderaan, beliau berkata, enjin kenderaan sedia ada yang dicipta bagi menggunakan sistem petrol sememangnya akan mendatangkan sedikit kesan terhadap daya kuasa enjin selepas menggunakan NGV.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Stesen Minyak Petronas, Abu Samah Bachik, berkata tidak semua stesen Petronas mampu menaik taraf stesen masing-masing dengan kemudahan NGV kerana ia memerlukan tapak besar.

Beliau berkata, selain itu, masalah laluan paip bekalan NGV juga agak terhad sekali gus menyukarkan usaha itu, walaupun bahan bakar itu juga boleh dihantar menggunakan lori tangki, namun ia akan menambahkan kos perlu ditanggung pengusaha.

"Jika stesen yang sedang beroperasi sekarang dinaik taraf, ada di antaranya yang mungkin menyebabkan lebih kesesakan kerana tapaknya kecil dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak.

"Realitinya, semua stesen minyak termasuk syarikat lain (bukan Petronas) berminat menyediakan kemudahan itu, tetapi persediaan dalam pelbagai aspek menghalang tujuan itu," katanya.

Beliau turut menyatakan rungutan lantaran beban yang perlu ditanggung pengusaha stesen minyak berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini yang secara tidak langsung menyebabkan banyak kerugian terpaksa mereka tanggung.

Antaranya, beliau berkata, semua stesen minyak terpaksa menambah modal sehingga RM100,000 bagi membolehkan operasi seperti sebelum ini diteruskan, selain turut menanggung lebih banyak kerugian kos komisen setiap kali pengguna menggunakan kad kredit.

"Jika dulu, kami (pengusaha) perlu membayar komisen satu peratus bagi setiap ringgit dibayar menggunakan kad kredit, sekarang, selepas harga minyak naik, komisen tetap satu peratus. Maksudnya, jika dulu satu peratus untuk RM1.92, sekarang satu peratus untuk RM2.70," katanya.

Justeru, katanya, kebanyakan pengusaha lebih menitikberatkan isu itu daripada masalah penyediaan stesen NGV kerana bagi mereka, sama ada stesen masing-masing menyediakan perkhidmatan NGV atau tidak adalah bukan isu utama.

Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Wahid Bidin, pula berkata kebanyakan stesen minyak lain tidak berminat menyediakan kemudahan NGV di stesen mereka kerana keuntungan daripada jualan itu sangat rendah lantaran terpaksa membeli daripada pihak ketiga, iaitu Petronas.

Justeru, katanya, dengan jumlah stesen minyak Petronas yang menyediakan kemudahan itu sekarang, ia tidak akan mampu menampung permintaan mendadak yang bakal berlaku apabila lebih banyak kenderaan beralih kepada bahan bakar itu berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan optimis mahu memastikan NGV digunakan secara meluas di seluruh negara, pemberian insentif, termasuk subsidi membuka stesen NGV perlu dilaksanakan selain turut memberi insentif kepada pemilik kenderaan untuk memasang alat itu dengan kos lebih murah.

Berita Harian
16 Jun 2008

FOMCA MAHU KERETA NASIONAL DILENGKAPI KEMUDAHAN NGV

GABUNGAN Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendesak Proton supaya mencipta pengeluaran kereta nasional dengan menyediakan tangki NGV, mungkin yang lebih kecil dan boleh diletakkan meliputi kawasan tengah dan belakang di bawah kereta.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ini boleh dilakukan terhadap semua kenderaan baru keluaran Proton dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV ketika negara dihambat dengan kenaikan harga petrol dan diesel.

“Jika kereta nasional disiapkan dengan sistem NGV, ia sekali gus akan menjadi pemacu meningkatkan kembali jualan kereta nasional yang pastinya akan merosot dengan kenaikan harga minyak kini,” katanya.


Katanya, peralihan kepada sistem NGV ialah satu alternatif terbaik menangani isu kenaikan harga minyak baru-baru ini, tetapi beberapa isu utama masih menjadi halangan serta kemelut yang menafikan keinginan pemilik kenderaan persendirian memilih menggunakan bahan bakar itu.

Katanya, masih ramai pemilik kenderaan berkira-kira memasang sistem itu pada kenderaan masing-masing kerana membabitkan kos pemasangan yang tinggi, malah ada mencecah RM8,000.

“Walaupun kerajaan ada memberi insentif pemotongan cukai jalan sebanyak 25 peratus, ia masih belum memadai untuk menjadi motivasi kepada pemilik kenderaan kerana kos pemasangannya sangat tinggi.

“Mungkin bagi golongan berada, ia bukan masalah besar, tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, kos sebanyak itu sangat tinggi sedangkan kenaikan harga minyak sebenarnya lebih dirasai golongan itu,” katanya.

Selain itu, katanya, masalah prasarana, iaitu kekurangan stesen minyak menyediakan perkhidmatan NGV menyebabkan ramai pemilik kenderaan berasakan tidak berbaloi memasang sistem berkenaan dan perlu beratur panjang untuk mendapatkan bekalan gas asli itu.

Beliau berkata, dengan sebanyak 79 stesen minyak menyediakan kemudahan itu yang kebanyakannya bertumpu di Lembah Klang, ia mendatangkan masalah. Walaupun kerajaan berjanji akan menambah kepada 100 stesen tahun ini, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi peningkatan permintaan.

“Pengguna NGV di Lembah Klang mungkin sudah boleh menarik nafas lega kerana kini sudah semakin banyak stesen minyak membekalkan gas itu, tetapi bagaimana pula bagi mereka di negeri lain, terutama di sekitar Pantai Timur dan utara,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan perlu memikirkan kaedah paling sesuai memberi insentif bagi menggalakkan lebih banyak stesen minyak mempunyai kemudahan NGV, termasuk stesen lain (bukan Petronas) seperti mengurangkan harga atau melaksanakan skim pengecualian cukai.

“Pada pihak pengguna pula, pemotongan kepada bayaran cukai jalan mungkin boleh ditambah bagi menjadi motivasi atau tarikan kepada mereka menggunakan sistem itu. Kos pemasangannya juga perlu dikaji supaya boleh diperoleh dengan harga lebih murah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di beberapa stesen minyak Petronas mendapati permintaan terhadap NGV masih tidak menunjukkan peningkatan mendadak, kecuali di beberapa stesen minyak di Utara Semenanjung.

Beberapa pengusaha dan penyelia stesen Petronas di Lembah Klang memberitahu tiada peningkatan mendadak terhadap NGV, walaupun harga petrol naik sehingga mencecah sehingga RM2.70 seliter.

Penyelia stesen Petronas SS3 Kelana Jaya, Fadhil Abdullah, berkata tiada perubahan mendadak terhadap jualan NGV, malah beliau yakin senario kenaikan harga minyak tidak akan meningkatkan jualan NGV.

Pengusaha stesen Petronas Taman Sri Hartamas, Rosman Omar, pula berkata, sepanjang pemerhatiannya, pemandu teksi masih menjadi kelompok utama, iaitu 99 peratus daripada pelanggan NGV di situ berbanding pemilik kenderaan persendirian.

Katanya, meskipun harga minyak naik mendadak, tidak ada petanda pengguna NGV akan bertambah kerana setakat ini kebanyakan pelanggannya masih di kalangan pelanggan tetap dan tidak ada pelanggan baru.

Keadaan berbeza pula berlaku di stesen Petronas Prai apabila secara tiba-tiba permintaan terhadap NGV meningkat secara mendadak, malah mungkin menyebabkan stesen itu tidak mampu menampung permintaan pada masa akan datang sekiranya tiada stesen baru dibuka.

Penyelianya, Fahitah Yeop, berkata dalam masa seminggu selepas kenaikan harga minyak, pam NGV di stesen itu menjadi semakin sesak, terutama pada waktu puncak.

“Daripada sumber yang kami peroleh, lebih ramai penduduk Pulau Pinang dan Kedah memasang sistem NGV. Jika ia benar, kami yakin stesen ini tidak akan mampu menampung permintaan pada masa akan datang. Tambahan pula, hanya stesen ini mempunyai kemudahan NGV di negeri ini.

“Lebih memburukkan keadaan, semua kenderaan dari Kuala Lumpur dan negeri lain yang ke utara melalui Prai akan mengisi NGV di sini kerana tidak ada stesen lain menjual NGV di sepanjang laluan bermula Perak,” katanya.

Berita Harian
16 Jun 2008

LAPORAN KHAS: NGV NAMPU TANGANI BEBAN RAKYAT

Oleh Azrul Affandi Sobry

Kekurangan stesen sedia kemudahan bahan bakar alternatif perlu segera diatasi

APABILA harga petrol dan diesel diumumkan kenaikannya pada 4 Jun baru-baru ini, pelbagai cadangan dibangkitkan sebagai alternatif kepada seluruh penduduk negara ini menyerap tekanan yang disifatkan sebagai paling membebankan dalam seluruh kehidupan mereka.

Antara alternatif yang dikatakan mampu menghurai kekusutan kewangan pemilik kenderaan ialah beralih kepada pengangkutan awam serta penggunaan sistem gas asli kenderaan (NGV) yang dikatakan jauh lebih murah dan menjimatkan.

Namun, cadangan itu menimbulkan pelbagai perdebatan dan pertikaian bagi sesetengah pihak apabila ada yang menyifatkan alternatif itu sebenarnya bukanlah pilihan terbaik kerana negara ini dikatakan belum bersedia sepenuhnya menampung permintaan jika kebanyakan rakyat benar-benar rela beralih kepada saranan itu.

Memang benar, penggunaan NGV adalah langkah terbaik ke arah penjimatan, tetapi jika pelbagai alasan diambil kira bimbang nanti tekanan lain pula menjadi kemelut mengusutkan fikiran pemandu, apatah lagi apabila saban hari terpaksa menunggu giliran mendapatkan bekalan gas itu.

Jika ditinjau di sekitar Kuala Lumpur, mungkin isu kekurangan stesen NGV bukan lagi satu pertikaian seperti yang selalu dibangkitkan 10 tahun lalu, tetapi hakikat perlu diakui semua pihak ialah isu kenaikan harga minyak bukan kemelut di Lembah Klang saja, malah turut menghantui seluruh negara.

Justeru, jika cadangan supaya kenderaan persendirian beralih ke sistem NGV, realitinya masih ada ruang untuk menafikan relevannya cadangan itu kerana hampir semua negeri di negara ini masih tidak mampu memenuhi permintaan penduduknya, malah ada negeri langsung tidak mempunyai kemudahan itu di semua stesen minyaknya.

Sebagai contoh, negeri seperti Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak langsung tidak ada kemudahan NGV sedangkan penduduk di negeri itu juga tertekan dengan masalah kenaikan harga minyak.

Isunya, bukan pemilik kenderaan di negeri itu tidak mahu untuk mengubah gaya hidup ke arah penjimatan, tetapi apa gunanya menyahut seruan memasang sistem NGV jika sudahnya tangki gas itu hanya menjadi perhiasan yang memenuhi ruang simpan barang.

Satu contoh lagi, apa ceritanya kenderaan yang selalu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah. Jika mereka mengisi NGV penuh satu tangki sekalipun, mahu tak mahu, mereka perlu mengisi sekali lagi di Prai sedangkan stesen itu hanya beroperasi sehingga jam 11 malam.

Melihat kepada keadaan ini, penggunaan NGV hanya menguntungkan mereka yang tinggal di Lembah Klang yang mempunyai 55 stesen keseluruhannya, walaupun realitinya mereka yang menggunakan kenderaan di bandar raya itu juga terpaksa beratur sehingga hampir 45 minit untuk mengisi tangki kenderaan mereka.

Simpati juga dengan nasib mereka yang memilih menggunakan gas itu kerana hidup mereka bagai keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Selesai isu harga minyak, terpaksa pula pening kepala dan menyumpah seranah saban hari kerana jenuh menunggu giliran mendapatkan bekalan.

Justeru, kerajaan tidak ada jalan lain bagi menghuraikan kemelut ini, selain bertungkus-lumus memastikan kemudahan NGV ada di lebih banyak stesen, selain menggalakkan stesen lain selain Petronas untuk turut menyediakan kemudahan itu.

Mungkin juga kerajaan boleh terus memotivasikan rakyat supaya memilih pengangkutan awam sebagai alternatif lain, tetapi rasanya bukan sekali dua, malah sudah bertahun-tahun lamanya media memainkan isu kelemahan dalam pengurusan dan jaringan pengangkutan awam di Malaysia.

Sebagai contoh, tidak perlu lagi diperbincangkan secara terperinci kelemahan pengangkutan awam di negara ini yang disifatkan sesetengah pemerhati sebagai antara paling mengecewakan berbanding beberapa negara maju.

Cuba rasai pengalaman menaiki komuter yang dikatakan sebagai pengangkutan awam terbaik menghubungkan kebanyakan daerah termasuk Seremban, Pelabuhan Klang sehinggalah ke Kuala Kubu Bharu.

Rungutan dan keluhan daripada penumpang setia yang saban hari menggunakan perkhidmatan tren itu bukan lagi pelik didengari di mana-mana stesen, terutama apabila dari corong pembesar suara berkumandang pengumuman bahawa perkhidmatan tren komuter terlewat kerana masalah teknikal.

Menjenguk pula ke perkhidmatan monorel yang menjadi nadi utama perhubungan tren di tengah kepesatan bandar raya lebih menyakitkan mata. Pelik apabila melihat setiap kali monorel melalui hentian, hanya dua gerabak bergerak dan setiap gerabaknya sarat dengan penumpang hingga ada yang mencium tingkap.

Justeru, rasanya pengangkutan awam di negara ini belum lagi layak diangkat sebagai alternatif terbaik menangani isu kenaikan harga minyak selagi taraf perkhidmatan itu tidak dipertingkatkan.

Jadi, apa lagi pilihan rakyat negara ini bagi mengelakkan poket mereka terus berlubang setiap kali mahu mengisi minyak. Suka atau tidak, apa saja pilihan terbentang di depan mata perlu digunakan demi memastikan hidup dapat diteruskan.

Mungkin juga sudah sampai masanya kerajaan dan agensi terbabit seperti Petronas dan pengendali perkhidmatan awam meningkatkan prasarana masing-masing sebelum meniup semboyan semangat untuk meminta rakyat beralih kepada alternatif yang disediakan.

Bagi kelompok rakyat pula, isu kenaikan harga minyak harus menjadi masa yang sesuai menekan butang kecemasan dan meluaskan mata melihat apa saja cara menjimatkan perbelanjaan dan beralih kepada alternatif tersedia dengan perancangan penuh bijaksana.

Berita Harian
16 Jun 2008

Selasa, Jun 10, 2008

TAMU SELASA: BANTERAS HARGA NAIK KENA TEGAS


Bersama Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman

KENAIKAN harga petrol sebanyak 78 sen selain diesel, begitu dirasai oleh pengguna. Apakah kesan jangka pendek dan panjang kepada pengguna secara keseluruhannya.

Kenaikan harga minyak, misalnya petrol sehingga 78 sen memang memberi kejutan kepada pengguna. Pengguna perlu membayar lebih kos untuk mendapatkan jumlah liter yang sama. Tambah parah, kenaikan harga minyak itu pula turut memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain. Berdasarkan kepada pengalaman lalu, setiap kali harga minyak naik, rata-rata harga barang juga akan melambung. Kerajaan memberi rebat RM625 kepada kereta 250cc hingga 2000cc tetapi ia tidak dapat menampung perbelanjaan kepada penggunaan terhadap bahan api itu. Bagi pengguna, sekarang adalah keadaan yang mencabar dan mereka terpaksa menanggung kos hidup yang kian meningkat sedangkan kualiti hidup masih sama. Jika sebelum ini, dengan pendapatan sedia ada, mereka boleh berbelanja dengan selesa, tetapi sekarang sudah meningkat. Kenaikan harga petrol memberikan kesan jangka panjang kepada masyarakat, iaitu dari segi impak sosial. Sebelum ini, mereka membuat satu pekerjaan tetapi sekarang mungkin perlu memikirkan untuk mencari kerja lain bagi menambah pendapatan. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan masalah sosial lain dan boleh menggugat ketenangan serta menambah ketegangan hidup.

Orang ramai dan kerajaan tahu ‘trend’ harga minyak global terus melonjak. Mengapa kerajaan seolah-olah tidak bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu sedangkan kenaikan ini sudah berlaku berkali-kali.


Secara kronologi, kenaikan harga minyak berlaku sejak 2000. Ketika itu, harga setong minyak cuma AS$30 tetapi sekarang melonjak ke paras AS$138. Dari situ, kita sudah mula rasakan berlaku peningkatan harga. Justeru, kerajaan sepatutnya sudah memulakan perancangan bagaimana untuk tidak terlalu bergantung kepada minyak atau bahan api. Sewajarnya pada masa sama, kerajaan perlu merancang menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan. Bagaimanapun, apa yang dilihat sistem itu masih lemah dan tidak diperbaiki sepenuhnya sehingga penggunaannya tidak meluas. Persoalannya, adakah pengangkutan awam sedia ada mampu menerima pertambahan pengguna yang mendadak.

Apakah persediaan dilakukan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan rakyat menggunakan pet-roleum.

Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak untuk digunakan sebagai ganti bahan api itu seperti kelapa sawit dan solar atau cahaya matahari. Bagaimanapun ia tidak dibangunkan secara serius. Sebelum ini, kita sering mendengar mengenai penggunaan bio mass dan bio fuel, namun sehingga sekarang ia tidak begitu nampak dari segi penggunaannya. Sudah tiba masanya kerajaan mengorak langkah meningkatkan penggunaannya sebagai tindakan jangka panjang menangani krisis kenaikan harga petroleum di pasaran global. Kerajaan perlu mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta insentif terhadap penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kita yakin jika ini dapat dilakukan segera, negara juga tidak menghadapi masalah jika bekalan minyak Petronas dijangka habis menjelang 2013. Sekarang cuma ada 76 stesen gas asli kenderaan (NGV). Sepatutnya, sejak 2000, kerajaan sudah mula menambah lebih banyak stesen NGV. Setakat ini, hanya Petronas yang menyediakan pam NGV. Mengapa kerajaan tidak mendesak stesen minyak lain menyediakan perkhidmatan bekalan NGV. Harga tangki bagi menukar NGV ialah antara RM3,000 hingga RM8,000 bergantung kepada saiz tangki sesebuah kenderaan. Harga NGV hanya 06.35 sen seliter. Dalam jangka panjang sudah pasti ia dapat menjimatkan kos. Oleh itu, Fomca berpendapat, kerajaan mungkin boleh menukarkan insentif RM625 setahun diberi kepada pengguna secara tunai kepada insentif untuk menukar tangki NGV.

Sejauh mana peranan Fomca menangani isu berkenaan dan sehingga ini bagaimana tahap kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sederhana dalam perbelanjaan.

Fomca berpendapat, dalam keadaan sekarang sama ada suka atau tidak kita terpaksa menerima hakikat, kos hidup kita kian meningkat. Apa yang perlu dilakukan pengguna ia bagaimana menyesuaikan keadaan yang sedang berlaku. Fomca sejak beberapa tahun lalu, sudah menjalankan kempen kesedaran kepada pengguna bagaimana mengamalkan gaya hidup lestari dengan berjimat cermat, mengelak pembaziran dan berhemah dalam perbelanjaan. Sejak Mei lalu, Fomca bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengadakan kempen kesedaran pengguna pada peringkat kebangsaan untuk tempoh empat tahun. Menerusi kempen itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk mendedahkan semua ahli bagaimana dapat mencari jalan untuk menstruktur dan mengurangkan gaya hidup dengan lebih praktikal, bersesuaian dengan keadaan yang berlaku sekarang. Antaranya, mengadakan bengkel, seminar dan mengedarkan risalah (panduan langkah penjimatan seperti tenaga elektrik, air dan membeli-belah serta bercucuk tanam di rumah). Melalui kempen secara berterusan itu, kita dapati kesedaran pengguna sudah semakin meningkat. Berdasarkan aduan, tahap kesedaran semakin baik termasuk membuat aduan mengenai kepenggunaan serta memahami peranan masing-masing sebagai pengguna. Bagi kita, kenaikan harga minyak itu lebih memberi kesan kepada golongan pertengahan berbanding berpendapatan rendah. Biasanya bagi yang berpendapatan rendah, mereka sudah berbelanja mengikut kadar pendapatan bulanannya. Golongan itu juga yang mengamalkan bercucuk tanam dan menggunakan pengangkutan awam. Masalah utama adalah golongan pertengahan yang terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang lain.

Apakah yang perlu dilakukan kerajaan untuk mengurangkan beban kepada golongan berkenaan yang terpaksa menanggung kos tinggi sekarang.

Kerajaan perlu menyediakan program untuk membantu golongan pertengahan bagi mengurangkan bebanan mereka. Kita menyambut baik langkah kerajaan mengeluarkan produk tanpa jenama seperti gula, beras, susu dan tepung dan makanan itu diletakkan di pusat tertentu. Bagi golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan untuk membeli barang diberi kad tertentu. Bagi golongan berpendapatan sederhana, mereka perlu sesuaikan dengan keadaan. Mereka perlu mengurangkan penggunaan perbelanjaan kepada barang yang tidak perlu.

Kenaikan harga minyak sering menjadi alasan peniaga menaikkan harga barang hingga menambahkan lagi tekanan hidup rakyat. Apa silapnya.

Memang ada peniaga mengambil kesempatan dengan kenaikan itu dan ada kala tidak munasabah. Bagi pengusaha restoran kerap menaikkan harga makanannya dengan alasan kos pengangkutan yang meningkat. Bagi Fomca, tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan kepada peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga di negara ini seperti tidak takut dengan undang-undang kerana menganggap penguat kuasa tidak ada taring. Kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya peniaga tidak menaikkan harga barang. Kini tiba masanya kerajaan memperketatkan undang-undang serta menggubal akta baru bagi membolehkan tindakan dikenakan kepada peniaga. Malaysia kekurangan peraturan itu. Jika di negara lain ada akta khusus boleh dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan seperti Akta Persaingan dan Akta Perdagangan Adil. Kedua-dua akta itu tidak ada di negara kita.

Ramai pengguna masih tidak memahami sebab kenaikan harga minyak.

Tanggapan itu berlaku kerana kerajaan mahu pengguna berjimat cermat. Bagaimanapun, pengguna tidak dapat melihat bagaimana kerajaan sendiri tidak melakukan langkah berjimat cermat. Ada lagi projek mega, selain melancarkan sesuatu program secara besar-besaran. Apabila berlaku kenaikan harga minyak, mereka menjadi marah, sedangkan Petronas mengaut keuntungan yang banyak daripada hasil minyak. Negara juga menjadi pengeksport minyak, tetapi masih perlu membayar harga yang tinggi untuk minyak. Kerajaan pula menyatakan sebahagian pendapatan Petronas itu diberikan semula kepada kerajaan untuk pembangunan dan subsidi lain.


Berita Harian
10 Jun 2008



Monday June 9, 2008 MYT 10:00:11 PM

National Inflation Council members named

By MAZWIN NIK ANIS and SIM LEOI LEOI

PUTRAJAYA: The Government announced the members of the National Inflation Council on Monday.

The council is chaired by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi with Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as deputy chairman.

The members are Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Amirsham A. Aziz, Transport Minister Datuk Ong Tee Keat, Housing and Local Government Minister Datuk Ong Ka Chuan, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad, Agriculture and Agro-based Industries Minister Datuk Mustapa Mohamed, and International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Other members are Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan, Economic Planning Unit director-general Tan Sri Sulaiman Mahbob, and Treasury secretary-general Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Members from the private sector are social activist Tan Sri Lee Lam Thye, MTUC secretary-general G. Rajasekaran, Universiti Kebangsaan Malaysia vice-chancellor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin and Bank Rakyat chairman Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.

Also members are Etiqa Insurance Bhd chairman Tan Sri Mega Zaharuddin Megat Mohd Nor, former deputy Bank Negara governor Tan Sri Lin See Yan, Federation of Malaysian Manufacturers Tan Sri Yong Poh Kon, and economist Datuk Zainal Aznam Yusoff.

Bank Negara directors Datuk Oh Siew Nam, National Farmers’ Association representative Datuk Zainal Dahalan, and Bernama chairman Datuk Seri Mohd Annuar Zaini are also members, as are Malaysian Employers Federation president Datuk Azman Shah Harun, Pan-Malaysia Bus Operators Association president Datuk Ashfar Ali, Cuepacs president Omar Osman and Federation of Malaysian Consumer Associations representative Yusof Abdul Rahman.

Abdullah also announced the formation of three committees – the first to look into more efficient use of energy resources, the second to enhance public bus service and the third to improve dissemination of information to the media.

Jumaat, Jun 06, 2008

FUEL PRICE HIKE: TIME FOR PRUDENT SPENDING

Features

By Melati Mohd Ariff


KUALA LUMPUR, June 6 (Bernama) -- There is no other choice but to be thrifty.

That is the "bitter pill" Malaysian consumers have to swallow with the governments recent announcement on the some 40 per cent hike in the price of gasoline.

This latest fuel price hike is expected to spark a "domino effect" on other consumer goods and services.

The end result is what the people fear most, that is the spiraling cost of living.

However many were caught by the unexpected move by the government to increase the pump price of fuel.

Malaysians had expected such a price jump would take effect in August this year.

The pump price of petrol effective June 5 is RM2.70 for a litre, up from RM1.92 while diesel now costs RM2.58 a litre as compared to RM1.58 previously.

This is the highest fuel price hike in the country had experienced so far.

The last time when the country experienced a substantial pump price hike of gasoline was on Feb 28, 2006 when the price for petrol went up by 30 sen a litre.

And, despite the latest price hike the government is said to be still subsiding the cost of fuel to the tune of RM18 billion a year.

The worst possible scenario is that the public may have another huge load on their shoulders when one day the government decided to do away with the subsidies on gasoline.

DEPLETING RESOURCE

Secretary general for the Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah said the people should realise that petroleum is not a resource that can be replenished.

He said, the government should come with a plan for a sustainable production of this commodity.

"Malaysia as the producer and exporter (of petroleum) should be prepared for 2014 when the country is expected to import to meet its needs and in the 2020's, the country is expected to be fully importing the petroleum," he said.

Meanwhile, the government, he added should meet its pledge in trying to reduce the heavy burden faced by the people in view of the spiraling cost of living.

He said, the government should ensure that it spends the tax payers money prudently and be transparent and accountable when allocating the funds for the respective sectors.

"The cash rebate (for the fuel price hike) should not be the only form of assistance to the people. The government should also provide more relief on the telecommunication services, water supply, public transport fare, health, education and housing as well as TNB tariff.

"This is crucial towards lessening the socio-economic on the lower and middle income groups," said Muhammad Sha'ani.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, when announcing the restructuring of subsidies for gasoline last June 4, said the government would pay cash rebate for owners of private motorised vehicles.

Owners of private vehicles that have the cubic capacity (cc) of 2,000 and lower, as well as pick-ups and jeeps of up to 2,500cc are lined for RM625 cash rebate each a year.

Meanwhile owners of motorcycles of 250cc or lower are entitled to RM150 each a year.

INTEREST OF LOW-INCOME EARNERS

In the wake of the latest fuel price hike, the government should direct all of the government-linked companies (GLCs) to review the rate of services offered to the public.

"Some sort of revision should be made in order not to burden the lower-income earners, like doing away with the monthly subscription," he said.

Muhammad Sha'ani also called on the government to direct the financial institutions to reschedule loans taken up by the public or provide long-term facility for those who have credit card and overdraft problems.

The government should also direct the Employees Provident Fund (EPF), via the Malaysian Building Society Bhd (MBSB) and Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) to provide interest free housing loans or that with low interest for the low-income earners.

IMPACTS

Before this latest hike of pump fuel price, the wallets and purses of Malaysians are already getting thinner.

Right from early this year, the price of consumer goods and services is steadily and gradually on the rise.

It may be not too much of a strain for the rich, but for those who are already finding it difficult to make ends meet, the scenario has turned worse.

"The impact from the latest fuel price hike is going to burn a big hole in the pockets of the people, particularly those staying in the urban areas as they have to spend more on transportation costs.

"This will also spark a chain reaction towards production and transport costs," said Muhammad Shaani.

Hence, the price jump of consumer goods and services is imminent, said Mohd Yusof Abdul Rahman who is FOMCAs communications director.

Mohd Yusof said on the average, Malaysians spend 40 per cent of their income on food.

"The price of goods would definitely make their spending higher to about 50 percent now.

"The price of processed food will go up as the raw materials would be more costly due to the higher transportation charges. "Hence, restaurants and food stalls are expected to raise prices," he said.

START TO BE FRUGAL

Mohd Yusof advised Malaysians to review their budget, lifestyle and spending habit in accordance with the latest development.

"They need to be thrifty in their life. If they have some spare land near their house, they can start planting vegetables. For those staying in high-rise like apartments, they can use the pots or the hydroponics method," he said.

"Whenever possible, try to car pool and use lower cc vehicles as they consume less petrol.

"Also try to cut down the expenses on utilities like telephone, water and electricity,"he said.

Mohd Yusof also urged mobile telephone users to use more of the sms service instead of making calls as the sms is much cheaper.

"They should also do away with the superfluous accessories like ringing tones, tips, horoscope and games," said Mohd Yusof.

BERNAMA
June 06, 2008 10:39 AM

KENAIKAN HARGA BAHAN API: MASA UNTUK PENGGUNA DAN PERBELANJAAN BERHEMAH

Rencana

Oleh Melati Mohd Arif

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Tiada pilihan selain berjimat! Walaupun pahit tetapi itulah kenyataan yang terpaksa ditelan oleh masyarakat pengguna.

Sememangnya, kenaikan kos sara hidup tidak lagi dapat dielakkan lebih-lebih lagi apabila kerajaan menaikkan harga bahan api mulai 5 Jun meskipun ramai yang menjangkakannya Ogos ini.

Harga petrol kini melambung kepada RM2.70 seliter berbanding RM1.92 dan diesel RM2.58 seliter berbanding RM1.58 sebelumnya.

Kenaikan ini disifatkan yang paling buruk dalam sejarah negara ini! Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol ialah pada 28 Feb 2006 sebanyak 30 sen.

Di sebalik kenaikan terbaharu ini, kerajaan dilapor masih perlu menampung subsidi sebanyak RM18 bilion setahun.

Pengguna juga berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menanggung kenaikan harga bahan api yang lebih tinggi sekiranya kerajaan membuat keputusan menarik semula semua subsidi bahan api.

PENGGUNAAN BERHEMAH

Setiausaha Agong Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengguna negara ini perlu sedar bahawa petroleum adalah satu sumber yang bukan boleh diperbaharui.

Kerajaan, kata beliau, perlu merancang penggunaan yang berhemah supaya pengurusan sumber ini dapat bertahan lebih lama.

"Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport harus bersedia menghadapi tahun 2014 di mana negara dijangka perlu mengimport bagi menampung keperluan dan pada tahun 2020-an, kita dijangka menjadi pengimport sepenuhnya keperluan petroleum," jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan mesti memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sara hidup ke atas pengguna.

Kerajaan, tegasnya perlu memastikan perbelanjaan kerajaan adalah berhemah dan memenuhi ketelusan serta bertanggungjawaban awam supaya lebih peruntukan dapat diagihkan ke sektor sosial dan ekonomi secara cekap.

"Bayaran rebet tunai bahan api tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat. Kerajaan juga perlu menyelaraskan tarif dan kadar perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan perumahan di samping tarif TNB. Ini penting supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata Muhammad Sha'ani.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api pada 4 Jun lepas berkata kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan.

Bagi meringankan beban rakyat, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan.

Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan.

JAGA KEPENTINGAN PENGGUNA BERPENDAPATAN RENDAH

Di tengah-tengah kenaikan terbaharu harga bahan api ini, Muhammad Sha'ani berkata kerajaan harus mengarahkan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengkaji semula kadar perkhidmatan kepada pengguna.

"Penyelarasan perlu dibuat supaya pengguna kecil dikenakan kadar rendah dan pengguna berpendapatan tinggi dikenakan kadar lebih serta kadar berdasarkan unit masa sesaat dan sewa bulanan dihapuskan," jelasnya.

Muhammad Sha'ani turut mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan semua bank mengutamakan penjadualan semula bayaran balik pinjaman atau pun penukaran kepada pinjaman bertempoh bagi kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah.

Kerajaan, katanya, perlu juga mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Malaysian Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan pinjaman perumahan kepada ahli-ahlinya dengan kadar yang rendah atau pun tanpa faedah kepada golongan berpendapatan rendah.

IMPAK KENAIKAN

Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis.

Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'!

Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan.

"Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat. Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.

"Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus.

"Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.

MULAKAN LANGKAH PENJIMATAN

Justeru, tambah beliau, pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasuk membuat perancangan semula kewangan dan gaya hidup.

"Mereka juga perlu melakukan langkah jimat-cermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran.

"Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh bercucuk tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik," kata Mohd Yusof.

Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beliau berkata sudah tiba masanya untuk pengguna beralih kepada pelbagai jenis pengangkutan awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain.

"Jika boleh, amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan berkuasa tinggi dan besar.

"Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimat-cermat boleh dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di rumah atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu.

"Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah. Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan, maklumat tertentu dan sebagainya," syor Mohd Yusof.

-- BERNAMA
06 Jun, 2008 10:33 AM


KENDERAAN AWAM PERLU CEKAP

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam di negara ini supaya orang ramai mempunyai pilihan selain menggunakan kenderaan sendiri berikutan kenaikan harga minyak.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengangkutan awam sepatutnya dapat menampung keperluan pengguna yang mahu beralih kepada kenderaan awam.

“Pengangkutan itu juga harus boleh dipercayai kerana jika tidak, mereka akan menggunakan kenderaan sendiri semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menambah rangkaian pengangkutan awam dengan membina lebih banyak landasan tren atau gerabak, menambah bilangan bas serta kekerapan perkhidmatan pengangkutan awam.

Selain itu Mohd Yusof berkata, kerajaan mungkin perlu memperluaskan penggunaan enjin gas asli cecair (NGV) yang lebih murah daripada petrol dan diesel dengan memperbanyakkan stesen yang menjual gas itu.

Kerajaan juga perlu memastikan kereta nasional mempunyai pilihan untuk memasang enjin berkenaan.

Peniaga jangka naikkan harga jualan minggu depan


Harian Metro, 6 Jun 2008

Selasa, Jun 03, 2008

SYARIKAT SALAH GUNA MEKANISME PENGGENAPAN

KUALA LUMPUR: Masih ada segelintir syarikat mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan mengaut keuntungan ‘atas angin’ lanjutan daripada Mekanisme Penggenapan pembayaran bil di kaunter.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pemantauan Fomca mendapati terdapat sesetengah syarikat menjalankan mekanisme itu, tetapi masih ada yang tidak menggunakan kaedah terbabit.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna kerana terdapat sesetengah syarikat utiliti seperti elektrik dan air serta syarikat komunikasi mengambil kesempatan menggenapkan bilangan bil lebih awal sebelum mereka membuat pembayaran di kaunter.

“Penggenapan jumlah bil hanya boleh dibuat jika pengguna datang membuat bayaran di kaunter saja dan bayaran bil tidak boleh digenapkan dan bayaran tetap sama jika mereka membayarnya melalui sistem online.

“Perkara ini terjadi kerana ramai pengguna tidak sedar bayaran bil mereka digenapkan lebih awal sebelum mereka membuat pembayaran lagi,” katanya.

Menurutnya, mungkin kerana jumlah wang yang kecil, orang ramai tidak mengendahkan hal ini, tetapi mereka tidak mengambil mudah perkara itu dan membiarkan pihak tidak bertanggungjawab memperdayakan mereka.

Mohd Yusof turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan teliti ketika membuat pembayaran serta membuat aduan kepada pihak berwajib untuk memastikan perkara itu tidak berterusan.

Mekanisme Penggenapan yang dilaksanakan sejak April lalu bertujuan mengurangkan penggunaan wang syiling mendapat respons baik daripada kebanyakan pihak dan peniaga kerana kaedah itu memudahkan urusan transaksi jual beli antara peniaga dan pengguna.

Pelaksanaan mekanisme itu membolehkan jumlah bil yang berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh sen diturunkan kepada lima sen terdekat, manakala tiga, empat, lapan dan sembilan sen dinaikkan kepada lima sen terdekat.

Sistem penggenapan berkenaan berlaku dengan membawa baki sen dalam jumlah bil dibawa ke bulan yang akan datang untuk memastikan sistem pembayaran berjalan lebih lancar.


Harian Metro, 3 Jun 2008