Jumaat, Februari 04, 2005

BNM mahu tubuh lima cawangn FMB selesaikan masalah pengguna

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan menubuhkan lima buah cawangan wilayah Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) di seluruh negara bagi menyelesaikan sebarang pertikaian pelanggan dengan penyedia perkhidmatan kewangan.

Menurut Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, penubuhan cawangan wilayah FMB yang dilan-carkan hari ini, akan memastikan rakyat dapat menikmati faedah daripadanya secara penuh.

Katanya, kesukaran pengguna mendapat akses maklumat seringkali menyebabkan pengguna gagal membuat keputusan yang bijak.

Zeti juga berkata, salah satu elemen penting dalam jaringan keselamatan pengguna ialah insurans deposit yang kini diperingkat akhir dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Sistem insurans deposit akan mengukuhkan insentif untuk institusi kewangan mengguna pakai amalan kewangan dan perniagaan yang baik, sekaligus meningkatkan keyakinan ramai, kata beliau pada majlis pelancaran FMB di Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

FMB dibentuk daripada dua buah forum iaitu Biro Perantaraan Perbankan (BMB) dan Biro Perantaraan Insurans (IMB) yang telah diwujudkan sedekad lalu.

Zeti berkata, ruang lingkup FMB meluas kepada perbankan Islam, takaful, pembangunan institusi kewangan serta pengendali sistem pembayaran tertentu dan pengeluar kad caj dan kredit.

FMB, kata beliau, dianggotai sem-bilan ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada lima pengarah bebas dan empat wakil industri bank dan insurans, serta dipengerusikan oleh bekas Hakim Malaya Persekutuan, Tan Sri Haidar Mohamed Nor.

Katanya, pembentukan biro ini yang perlu digunakan sepenuhnya oleh mereka yang terbabit, merupakan detik penting dalam meningkatkan prasarana perlindungan pengguna di negara ini.

``Penubuhan agensi ini adalah seiring dengan trend antarabangsa ke arah penubuhan pusat penyelesaian yang bersepadu.

``Rangka kerja dan model untuk FMB telah ditanda aras dengan amalan terbaik seluruh dunia khususnya di negara-negara seperti United Kingdom, Kanada dan Australia,'' katanya.

FMB berpejabat di Tingkat 25, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur dan orang ramai juga boleh menelefon 03-2272 2811, faksimili 03-2274 5752 atau melayari laman web www.fmb.org.my.

Tiada ulasan: