Jumaat, Mei 05, 2006

Tarif elektrik: Konsesi TNB, IPP bebani pengguna

Fri | May 05, 06 | 04:53:07 PM
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Sebelum menaikkan tarif baru elektrik kerajaan digesa supaya mengkaji semula perjanjian konsesi antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Persendirian (IPP) kerana ia dilihat memberi beban kepada pengguna, dakwa Bendahari Agung, Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Yusuf Abdul Rahman.

Dakwanya, menerusi perjanjian tersebut menyebabkan sebahagian besar perbelanjaan TNB perlu dibayar kepada kepada IPP.

“Difahamkan TNB perlu membayar sebanyak RM4 bilion kepada IPP, ini satu jumlah yang besar dan mungkin harga tersebut boleh dikurangkan sekiranya perjanjian itu dikaji balik,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Lim Keng Yaik berkata tarif baru elektrik dijangka berkuatkuasa mulai bulan depan dan katanya apabila diluluskan kabinet pengguna perlu menerima hakikat bahawa kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan.

Sekaligus kata Yusuf, apabila harga tersebut dikurangkan kerugian yang dialami TNB dapat ditampung kerana setakat ini dakwanya pendapatan TNB tidak mencukupi sebaliknya ada masanya TNB yang perlu membayar kepada IPP.

Katanya, jika perjanjian tersebut tidak dikaji balik kerugian yang ditanggung TNB akan dibalikkan kepada pengguna.

Tambahan pula dakwanya, perjanjian tersebut dilihat berat sebelah dan yang menjadi mangsanya adalah pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah.

Dalam pada itu katanya, jika kadar tersebut dinaikkan juga TNB perlu berdasarkan kepada formula penggunaan 300 unit ke atas ataupun yang bil RM50 ke atas.

“Ini yang paling wajar kerana kebanyakan pengguna bawahan dan pertengahan majoritinya bil bulanan mereka pada kadar tersebut,” katanya.

Sebagaimana perjanjian-perjanjian konsesi yang dibuat utiliti lain katanya kerugian yang ditanggung oleh TNB akan berbalik kepada pengguna.

Oleh sebab itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kadar baru itu kerana kenaikan tarif elektrik memberi kesan domino kepada barangan keperluan harian dan juga industri lain.

“Lagipun pengguna tidak ada alternatif lain untuk mengganti jana kuasa elektrik dalam kehidupan mereka dan kerana itu sebarang kenaikan tarif tersebut perlu dilihat agar tidak menjejas kehidupan pengguna,” katanya lagi.

1 ulasan:

Equity Capital Loans berkata...

Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
Emel kami di homeofequity@gmail.com
================================
 Nama: ...................
 Nama kedua.................
 Alamat : .................
 Negara: ...................
 Umur: ..........................
 Seks: ....................
 Nombor telefon : ..............
 Status: .................
 Pekerjaan: ...............
 kedudukan: .................
 pendapatan bulanan : ..............
 Jumlah Pinjaman: .................
 Tujuan Pinjaman: ...............
 jangka masa: ....................
 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
 awak faham Inggeris : .................
 Emel kami di homeofequity@gmail.com
 Yang ikhlas ,
Nicolas Payne
MODAL EKUITI