Rabu, Disember 03, 2008

KERETA PENUMPANG DIHADKAN 5 ORANG

Oleh Suffian A Bakar dan Mohamed Farid Noh
bhnews@bharian.com.my

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengehadkan jumlah muatan kereta penumpang kepada maksimum lima orang termasuk pemandu mulai 1 Januari depan berikutan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata penguatkuasaan dasar satu kereta untuk lima orang itu dibuat dengan alasan hanya tiga tali pinggang keledar dipasang bagi penumpang belakang sesebuah kereta.

“Kajian JKJR mendapati 80 peratus penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar khususnya di belakang menghadapi risiko maut dan cedera parah, malah padah lebih buruk menanti kereta membawa lebih lima penumpang kerana melebihi muatan dibenarkan.


“Oleh itu, apabila kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang tahun depan, kenderaan seperti kereta hanya dibenarkan membawa maksimum lima orang bagi mengurangkan risiko ketika kemalangan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewajaran pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang itu tahun depan jika sesebuah kereta membawa penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool; Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohamed Azlan Hashim; Pengarah Urusan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Shukor Ibrahim.

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan memansuhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang walaupun ada rungutan ia menyusahkan pemilik kenderaan yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Bagaimanapun, Ong berkata kerajaan sedia memberi kelonggaran tertentu kepada keluarga besar contohnya jika tiga orang dewasa duduk di bahagian belakang, seorang kanak-kanak dibolehkan jadi penumpang keempat

Suret berkata, langkah mengehadkan jumlah bilangan penumpang kereta itu dilakukan selepas JKJR membuat dua kajian mengenai jumlah muatan yang dibawa sesebuah kereta di negara ini.


Berita Harian 3 Disember 2008

MINYAK TURUN 10 SEN LAGI

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu.

Berikutan itu, petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum ini, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan itu sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerajaan mengambil keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmati kesan penurunan ketara harga minyak mentah dunia.

"Oleh kerana harga minyak dunia sudah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmati manfaatnya," katanya.

Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan.


Berita Harian 3 Disember 2008

Khamis, November 27, 2008

PENURUNAN HARGA BARANG PINGGIR PENDUDUK KAMPUNG

Oleh Jami'ah Shukri
rencanabh@bharian.com.my

KERAJAAN melancarkan beberapa strategi untuk merangsang ekonomi negara dan mengurangkan beban rakyat termasuk penyaluran pakej rangsangan ekonomi dan penurunan harga minyak buat kali kelima hingga harga petrol kini RM2 seliter.

Tetapi kita belum lagi mendengar pengumuman dibuat sektor perniagaan untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Apabila harga minyak naik sebelum ini, bermacam-macam alasan diberikan, untuk 'menghalalkan' mereka menaikkan harga barang, tetapi berdiam diri atau mengambil masa lama apabila harga minyak diturunkan.

Cuma beberapa pasar raya besar seperti Giant, Tesco dan Carrefour baru-baru ini mengumumkan penurunan harga pelbagai jenis barangan makanan dan keperluan harian pada kadar sekurang-kurangnya 30 peratus sejajar dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia dan tempatan bertujuan meringankan beban masyarakat yang turut menerima tempias kelembapan ekonomi global.

Tetapi pasar raya besar itu terletak di bandar, dan masyarakat desa dan ceruk pedalaman masih tetap setia membeli barangan daripada kedai runcit dan pasar raya kecil, dengan harga masih sama seperti beberapa bulan lalu.

Pergilah minum dan makan di restoran atau kedai kopi sama ada di bandar atau kampung, harganya masih sama. Apakah tindakan kerajaan untuk menurunkan harga itu? Lihatlah harga ikan dan sayur di pasar, sesetengahnya terus melambung tanpa peduli harga minyak sudah diturunkan beberapa kali.

Pihak berkuasa termasuk menteri rasanya tidak boleh lagi cuma meminta peniaga menurunkan harga. Pemantau amat perlu dan pergilah periksa harga di kedai makan, restoran dan kedai runcit bagi melihat sendiri harga jualan.

Jika pun tidak boleh turunkan harga dengan mendadak, lakukan beransur-ansur dan sekarang kita lihat pasar raya besar sudah bertindak ke arah itu. Pengusaha pasar raya besar sudah membuktikan harga barang boleh dikurangkan, maka peniaga di kedai biasa juga perlu berbuat demikian.

Bermula dengan Giant yang menyaksikan penurunan 1,200 jenis barangan keperluan sehingga 30 peratus daripada harga asal diikuti Tesco, dua hari kemudian bagi 50 jenis barang keperluan harian sehingga 47 peratus seperti ikan, daging, ayam, sotong, tomato, beras, bawang kecil, bawang besar dan sayur-sayuran, ia sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada pengguna yang masih menghadapi tekanan berikutan kenaikan harga minyak dan bahan makanan dunia.

Langkah menurunkan harga itu sekali pandang mempamerkan keprihatinan pasar raya terbabit terhadap keperitan ditanggung pengguna. Kerjasama Giant dan Tesco yang terawal melancarkan kempen penurunan harga berjaya menarik minat beberapa lagi pasar raya lain termasuk Carrefour dan Mydin untuk melakukan perkara sama dan sedang berunding dengan pihak berkuasa untuk menyertai kempen itu. Selain itu, Jaya Jusco turut digesa mengikut langkah pasar raya terbabit demi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, menyifatkan perkembangan itu sebagai fenomena positif kerana penurunan harga barang didapati berlaku lebih awal sebelum kementerian mengadakan pertemuan dengan pengeluar, pembekal, peniaga dan persatuan pengguna untuk membincangkan kaedah menurunkan harga, pada bulan ini.

Penurunan harga bahan makanan pasti meringankan beban pengguna dalam suasana kerajaan mahu melihat berlaku penurunan harga bagi bahan keperluan harian.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata penurunan harga barangan di pasar raya itu dianggap sebagai langkah sementara untuk mengurangkan beban kepada pengguna.

Sambil menegaskan, penurunan harga barangan makanan dan keperluan harian itu dianggap tidak menyeluruh kerana hanya dinikmati penduduk bandar yang mudah mengunjungi pasar raya itu, manakala penduduk luar bandar tidak mempunyai peluang membeli-belah di tempat seumpama itu.

Jika dilihat, penurunan harga barangan itu dilakukan secara bermusim dan bukan satu perkara baru sebaliknya pernah dilakukan sebelum ini dan dianggap sebagai kempen ulangan saja.

"Bagi pengguna berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di kota, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit bebanan, tetapi bagi penduduk luar bandar mereka tidak merasainya kerana hanya membeli barangan keperluan harian di kedai runcit selain pasar raya kecil.

"Justeru, Fomca mencadangkan supaya kerajaan mengadakan perundingan dengan mendesak peniaga dan pengeluar syarikat multinasional yang menghasilkan produk untuk keperluan dalam negara turut menurunkan harga barang.

Bagaimanapun, Fomca berpendapat penurunan harga barangan itu bersifat sementara untuk tempoh tertentu dan apabila kenaikan harga minyak dan bahan makanan di pasaran dunia ia turut memberi kesan kepada harga barangan tempatan.

Negara masih bergantung kepada makanan import untuk kebanyakan jenis barangan makanan utama. Ini sudah pasti memberi impak sekiranya berlaku kenaikan harga di pasaran dunia, sedangkan penduduk tempatan membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada pendapatan untuk makanan berbanding negara maju hanya 14 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan perlu menyediakan strategi jangka pendek dan panjang sebagai langkah selamat memastikan rakyat tidak terasa beban dengan sebarang kenaikan harga barangan makanan pada masa depan.

Bagi Fomca, kerajaan perlu memperluaskan Sistem Rangkaian Runcitan seperti yang pernah dilakukan Pernas Edar yang menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menjadi pemborong barangan keperluan utama untuk memastikan bekalan makanan itu dipasarkan dengan harga berpatutan.

Selain itu, Sistem Rangkaian Runcitan itu boleh dijadikan penanda aras mengawal harga barang di pasaran, manakala pengguna pula mempunyai pilihan dalam berbelanja.

Dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia iaitu AS$60 setong pasti memberi perkhabaran gembira kepada rakyat. Sejak kenaikan harga minyak tiga bulan lalu, rakyat gelisah kerana terpaksa memperuntukkan perbelanjaan tinggi untuk minyak sehingga memaksa kerajaan melakukan penstrukturan semula harga.

Mohd Yusuf berkata, jalan terbaik adalah dengan menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri, selain insentif membabitkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang banyak menggunakan minyak dan petrol.

Berita Harian, 27 November 2008

Khamis, November 06, 2008

KEMPEN TANAM SENDIRI AJAR RAKYAT BERJIMAT

HULU SELANGOR 26 Okt. - Seramai 50 penduduk perumahan Bukit Sentosa 3 dekat sini menyahut 'Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja' dengan menerima anak pokok cili, biji benih dan baja untuk memulakan penanaman sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason (gambar) berkata, kempen tersebut bertujuan mendidik generasi muda hari ini untuk menjadi rakyat yang berjimat-cermat.

''Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja sebenarnya satu kempen sempena Kempen Konsumer 2008-2010 dan ia telah bermula sejak Julai lalu untuk tempoh 84 bulan,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan anak pokok cili, biji benih dan baja kepada penduduk di Padang Kemboja 4A di sini hari ini.

Beliau berkata, FOMCA bersama tiga rakan gabungannya iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak rakyat mengubah kehidupan sejak harga barangan naik secara mendadak.

Katanya, rakyat yang bijak seharusnya boleh merancang perbelanjaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Justeru, ujarnya, langkah awal yang harus dipraktikkan oleh generasi muda hari ini ialah mengelakkan pembaziran supaya lahir masyarakat yang tidak membazir pada masa akan datang.

Beliau menambah, adalah menjadi tugas FOMCA hari ini untuk mendidik generasi muda sekarang dengan kefahaman yang lebih mendalam supaya mereka menjadi rakyat yang berjimat-cermat.

Katanya, kerajaan turut memainkan peranan lebih berkesan dengan mengusahakan kembali tanah-tanah pertanian yang didapati terbiar di seluruh negara.

''Jika tanah pertanian seluas 800,000 hektar yang terbiar itu dapat diusahakan oleh pesawah kecil-kecilan seperti dijadikan bendang maka kadar 35 peratus beras yang diimport dari luar negara untuk kegunaan rakyat dapat dikurangkan,'' katanya.

Utusan Malaysia 27 Oktober 2008

INSENTIF CUKAI ALAT GANTI BOLEH ELAK TAMBANG NAIK

KUALA LUMPUR: Insentif bagi mengurangkan kos operasi pengusaha pengangkutan awam seperti pengurangan cukai alat ganti kenderaan mampu memastikan kadar tambang yang bakal dinaikkan awal tahun depan, tidak membebankan rakyat.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ini kerana, pengusaha dalam tuntutan kenaikan tambang menjadikan kenaikan kos sebagai alasan, selain daripada kenaikan harga bahan api kenderaan.

“Jadi, insentif seperti memberikan pengurangan cukai alat ganti kepada sektor itu adalah jalan terbaik kerana beban pengusaha dapat dikurangkan di mana ia secara langsung turut memberi kesan kepada harga tambang.


“Dijangka kadar perlu dibayar tidak terlalu tinggi sehingga membebankan kerana pengguna hanya perlu menyerap sedikit saja daripada kos operasi yang sudah menunjukkan penurunan. Mungkin mereka hanya perlu membayar untuk kos lain seperti gaji pemandu.

“Langkah itu lebih baik bagi kedua-dua pihak kerana orang ramai tidak dibebani kadar tambang mahal, manakala pengusaha pula tidak perlu menanggung kos operasi lebih tinggi. Ini adalah situasi menang-menang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau ditanya mekanisme boleh dilaksanakan kerajaan untuk memastikan kadar tambang baru bagi teksi, kereta sewa, bas henti-henti, bas sekolah dan bas ekspres yang akan dinaikkan tidak menyusahkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Ketika ini, kerajaan ada memberikan pelbagai insentif kepada sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusahanya antaranya hanya perlu membayar separuh daripada kadar tol dan subsidi diesel serta petrol.

Kelmarin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengesahkan kenaikan tambang itu dilaporkan berkata, ia tidak dapat dielakkan bagi mengelakkan ramai pengusaha menghadapi risiko muflis berikutan terpaksa menanggung bebanan kos operasi tinggi.

Beliau bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan mengambil kira pelbagai faktor utama dalam menentukan kadar baru iaitu ia mestilah munasabah, tidak membebankan rakyat dan tidak menjejaskan operasi pengusaha.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, kerajaan boleh memberikan insentif berkenaan sebelum kenaikan kadar tambang bagi memberikan pengusaha peluang meningkatkan kualiti per-khidmatan.

“Mungkin boleh diberikan dalam dua bulan terakhir tahun ini kerana tambang baru dijangka awal tahun depan. Jadi, apabila tambang baru diperkenalkan, maka kualiti perkhidmatan sudah pun pada tahap memuaskan.

“Pengguna pun akan gembira dan tidak terlalu kisah dengan tambang lebih tinggi kerana perkhidmatan lebih selesa,” katanya.


Berita Harian, 4 November 2008

Selasa, Oktober 21, 2008

HARGA BAHAN BAKAR SEMAKIN TURUN, HARGA BARANG BILA LAGI?

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Semakin lebar senyuman para pemandu di Malaysia apabila harga minyak diturunkan lagi 15 Okt lepas ekoran harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS80 setong baru-baru ini.

Penurunan harga petrol dan diesel 10 sen hingga 20 sen itu adalah yang ketiga dibuat kerajaan dalam tempoh tiga bulan. Kerajaan sebelum ini membuat penurunan harga minyak pada 24 Sept (10 sen) dan 23 Ogos (8 sen hingga 22 sen).

Harga pam petrol sekarang ialah RM2.30 seliter (RON97)dan RM2.20 (RON92) sementara diesel RM2.20 seliter.

Sudah tentu, ramai pengguna berharap penurunan tiga kali harga bahan bakar ini akan seiring dengan penurunan harga barang yang meningkat tinggi apabila kerajaan membuat kenaikan besar harga bahan bakar 4 Jun lepas.

JANGAN TUNGGU TINDAKAN

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri meminta peniaga menurunkan segera harga barang tanpa perlu menunggu tindakan penguatkuasa selaras dengan langkah kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel.

Peniaga, katanya, perlu menjalankan tanggungjawab sosial mereka bagi meringankan beban rakyat dengan menurunkan segera harga barang.

Keluhan pengguna mengenai harga tinggi barang ini telah berlarutan. Sepanjang Ramadan lepas, masalah harga masih ada, menyebabkan ramai yang menyambut 1 Syawal dengan ala kadar sahaja.

Habis hari raya, harga sayur dan ikan dilaporkan terus melambung terutama di luar bandar dan pekan kecil.

Justeru, bagi kebanyakan pengguna tidak ada sebab untuk mereka bertepuk tangan dengan penurunan bahan bakar kali ini memandangkan mereka terus dihimpit kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Yang lebih pesimis terus melabelkan keadaan semasa sebagai "nasi sudah menjadi bubur". Bagi mereka igauan ngeri kenaikan harga barang akan terus menjerut kehidupan mereka sehingga tahun baru 2009 dan entah sampai bila.

FAKTOR KENAIKAN

Namun sesetengah pihak berpendapat harga minyak bukan satu-satunya faktor kenaikan harga barang.

Pada awal 2008, berlaku krisis makanan dunia yang melibatkan beberapa bahan mentah seperti gandum, gula, jagung, kacang soya dan beras.

"Oleh kerana sebahagian besar daripada bahan mentah untuk pengeluaran makanan di negara ini adalah bahan import, maka krisis dan kenaikan harga bahan mentah ini menjejaskan kos pengeluaran barang di negara ini.

"Sebab itu, sesetengah barang dinaikkan harganya sebelum harga minyak dinaikkan pada 4 Jun 2008 disebabkan oleh krisis bekalan bahan mentah ini," menurut Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Mengenai kenaikan harga barang keperluan harian, beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, harga barang yang tidak telalu terikat dengan harga minyak ialah barang basah seperti ikan, daging, ayam dan sayuran.

"Selain faktor kos pengangkutan, kenaikan harga juga disebabkan oleh faktor bekalan dan musim. Oleh sebab itu, harga barang basah adakalanya turun naik.

"Begitu juga dengan makanan yang dimasak seperti nasi lemak, nasi campur, kuih-muih dan sebagainya. Apabila telah dinaikkan, ia tidak akan turun," katanya kepada Bernama.

HARGA MASIH TERKAWAL

Di pasar tani bagaimanapun harga barang dilapor terkawal.

Ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memastikan semua peserta Pasar Tani menjual barang mereka mengikut panduan harga komoditi terpilih seperti ikan, ayam, sayur dan buah.

"Pihak Fama meletakkan panduan harga barang ini di kaunter urusetia sebagai panduan kepada pengguna dan peniaga Pasar Tani," kata Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pemborongan Fama, Abdul Wahid Mat Razi.

Beliau berkata semua peserta Pasar Tani diwajibkan meletak tanda harga semasa Pasar Tani beroperasi dan mereka tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Berniaga di Pasar Tani.

Sehingga 30 Sept 2008, terdapat 294 Pasar Tani dan Pasar Tani Mega di seluruh negara. Nilai jualan dari Januari hingga September tahun ini ialah RM285.75 juta.

Senario harga mungkin berbeza di pasar-pasar basah yang bekalannya bergantung kepada pemborong.

Bagaimanapun, Setiausaha Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Low Teik Kim memberitahu Bernama, secara keseluruhannnya harga dan bekalan sayuran masih terkawal.

"Yang naik sedikit cuma timun, kacang panjang dan cili merah. Ini pun hanya berlaku pada penghujung minggu sebab ramai orang Islam membuat rumah terbuka," kata beliau ketika dihubungi.

Low berkata pihaknya terpaksa mengimport timun dari Thailand untuk mengimbangi bekalan sayur itu di pasaran dan supaya harganya tidak terlalu tinggi.

Bagi cili merah, katanya harga naik sedikit kerana faktor cuaca dan bekalan yang terhad memandangkan pihaknya sudah menghentikan import cili dari China dan hanya bergantung kepada cili tempatan.

Low menasihatkan pengguna supaya bijak berbelanja dengan membeli sayuran lain jika sayur yang mereka ingini harganya tinggi. "Kalau orang tak beli dengan sendirinya harga akan jatuh," katanya.

PERLU SELIA HARGA

Bagi pengilang, alasan yang sering digunakan untuk menaikkan harga barangan ialah kenaikan kos operasi kilang dan pengangkutan. Apabila harga barang dinaikkan, alamatnya sukar untuk diturunkan.

"Label yang telah diletakkan harga yang disyorkan adalah antara sebabnya. Pembekalan barangan berdasarkan harga kontrak dan kos pengangkutan ang dikontrakkan," kata Mohd Yusof.

Beliau berkata keadaan itu berpunca daripada ketiadaan sistem kawal selia harga barang di negara ini.

Peraturan kawal selia harga yang wujud pada masa ini hanya bagi barang yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah skim kawalan harga, Akta Kawalan Harga 1946 atau skim kawalan harga musim perayaan, jelasnya.

"Di bawah Akta Kawalan Harga, peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga. Oleh itu juga, (jika) peniaga atau pengeluar meletakkan tanda harga, walaupun harganya tinggi, ia tidak menjadi satu kesalahan," tambahnya.

DESAKAN FOMCA

Fomca sudah sekian lama mendesak penubuhan Suruhanjaya Harga supaya ia dapat menjadi mekanisme dalam penentuan harga apabila mana-mana pihak meminta untuk menaikkan harga barang, termasuk kadar perkhidmatan seperti tambang bas dan sebagainya.

Menurut Mohd Yusof, pihaknya juga sudah lama mendesak supaya kerajaan mewujudkan Akta Perdagangan Adil, bertujuan mengawal selia penentuan harga barang di pasaran.

Mekanisme harga, jelasnya, ditentukan berdasarkan margin keuntungan yang ditetapkan bagi sektor tertentu setelah mengambil kira keseluruhan kos operasi seperti bahan mentah, pengilangan, pengangkutan dan sebagainya.

Kementerian itu pada masa ini, katanya, menggunakan kaedah perundingan dengan pengeluar bagi barang bukan kawalan agar harga barang tidak dinaikkan terlalu tinggi.

Dalam hal ini, kata Mohd Yusof, kerajaan perlu memberikan pelbagai insentif kepada pengeluar bagi memastikan kos operasi pengeluar berada pada tahap yang terkawal seimbang dengan penetapan harga barang mereka.

"Adakalanya perundingan ini berjaya dilaksanakan manakala dalam keadaan yang lain gagal. Seringkali juga harga barang dinaikkan tanpa disedari oleh pengguna dan kerajaan, khususnya barang bukan keperluan harian atau yang dibeli setahun sekali seperti perabot dan peralatan eletrik," kata Mohd Yusof yang menyifatkan penurunan harga petrol dan diesel yang dibuat kerajaan baru-baru ini masih kecil berbanding kenaikan 78 sen yang dibuat pada 4 Jun lalu.

PENGGUNA DIKELIRUKAN

Soal pengguna keliru atau dikelirukan dengan harga atau produk mungkin sudah lumrah. Dalam hal ini, Mohd Yusof berkata ia lazim berlaku apabila pengeluar membuat pembungkusan baru.

Katanya, ia sering berlaku kepada barang dalam tin dan susu formula untuk bayi. Walaupun kuantitinya sama, tetapi harganya berbeza apabila diperkenalkan pek baru.

"Seringkali juga apabila pek baru diperkenalkan, pengeluar menyediakan hadiah tertentu. Harga pek baru dinaikkan. Pengguna dikelirukan dengan kenaikan harga kerana telah diberikan hadiah. Kemudiana hadiah ditiadakan tetapi harga produk tetap sama. Secara tidak langsung, pengguna telah dibiasakan dengan harga yang baru ini," jelas beliau.

KELUHAN IKS

Kegawatan ekonomi semasa serta kenaikan harga bahan mentah turut memberi impak besar kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia, Mej (B) Abdul Rahman Ibrahim, rata-rata pengusaha IKS masih berhadapan dengan harga bahan mentah yang tidak menentu.

Keadaan itu, katanya menyukarkan kedudukan perusahaan usahawan IKS.

"Keadaan bekalan bahan mentah tak menentu. Harga boleh berubah dalam sekelip mata. Susah untuk pengilang menetapkan harga. Keadaan menjadi lebih buruk apabila syarikat besar tidak berminat untuk membantu syarikat kecil.

"Ada juga yang tidak mahu mengambil risiko dan sesetengahnya tidak komited untuk memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten kerana mereka tidak mendapat pulangan yang tinggi," jelasnya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata dalam keadaan sekarang kerajaan perlu mewujudkan semula Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) yang pernah ditubuhkan bagi membantu usahawan Bumiputera apabila negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1987.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya melipatgandakan usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat yang menanggung kenaikan kos sara hidup dan harga barang.

"Di Amerika Syarikat, pihak Kongres bermesyuarat secara maraton dengan menggabungkan pakar dan bijak pandai untuk menyelesaikan krisis kewangan yang melanda ekonomi negara itu," kata Abdul Rahman.

-- BERNAMA

FUEL PRICE DOWN, BUT GOODS PRICE STILL UP

By Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, Oct 20 (Bernama) -- More smiles came from motorists on last Oct 15, when the government slashed the pump price of gasoline.

This was made possible when the crude petroleum price plummeted to below US$80 a barrel.

The drop of 10-20 sen for the price of fuel at the pump was the third in three months. The government had reduced the price for 8-22 sen on Aug 23 and a further 10 sen on Sept 24.

The pump price of petrol per litre now is RM2.30 (RON97) and RM2.20 (RON92) while that for diesel is RM2.20 a litre.

Obviously the public is expecting a similar drop in the price of consumer goods that had jumped when the government increased the pump price of fuel last June 4.

CALL FOR TRADERS TO FOLLOW SUIT

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has urged traders to take the initiative by reducing price of consumer goods rather than waiting for enforcement by the authorities.

Abdullah said in the wake of the fuel price reduction, the traders have the social obligation to reciprocate the move by also lowering the goods price. Consumers' grouses on the high price of goods have snowballed particularly during the last Ramadan.

However even after the Aidilfitri, price of daily essentials remain high especially in rural areas and small towns.

Thus, many are not really happy with the latest reduction of fuel price as they are still reeling from the impact of the high cost of living due to the price consumer goods still hovering high.

Some even sardonically said that it is too late and the traders would never be willing to bend backwards and reduce the price.

FACTORS

However some argued that the hike in petrol price was not the sole factor that had pushed up the price of other goods.

In early 2008, the world experienced a food crisis where drastic shortage of commodities like wheat flour, sugar, corn, soya bean and rice occurred.

Chief executive for the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman had this to say:

"Most of the raw materials for the countrys food production is imported. Hence, the hike in the price of these commodities would have a significant impact on the cost of food production.

"That is why the price of some goods had increased even before the June 4 jump of fuel price", he told Bernama.

He said some fresh items like fish, meat, chicken and vegetables did not really follow the fuel price fluctuation.

"Apart from transportation costs, price increase is also due to factors like the supply. That is why the price of fresh produce fluctuates", he said.

The same applies for cooked food like nasi lemak, mixed rice and kuih. When the price had moved up, it would never go down, he said.

WITHIN CONTROL

For regulars at the Pasar Tani (farmers market), they might find that the price of daily essentials is still within control as compared to that at the wet market.

The reason is that the Federal Agriculture Marketing Authority (Fama) ensures Pasar Tani traders adhere to the guidelines issued on the price list.

"At each Pasar Tani, Fama displays the price list for selected items at the agency's secretariat counter, as a guideline for consumers and traders," said the Senior Director for Famas Entrepreneur Development and Wholesale Division, Abdul Wahid Mat Razi.

He said Pasar Tani traders are required to display the price tag of their goods and they are bound by the markets trading regulations.

As of Sept 30, 2008, there are 294 farmers markets nationwide, recording RM285.75 million in turnover during the first nine months of the year.

Meanwhile, secretary for the Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers Association Low Teik Kim told Bernama that overall, the price of greens is still within control.

"There is a slight increase in price for cucumber, long beans and red chili. This happens at the weekend as many Muslims are holding their open house," he said when contacted.

Low said cucumber has to be imported from Thailand to meet demand and control its price.

As for the red chili, he said there was a slight increase in price due to the weather and supply factors and also because the association had stopped importing the item from China and was depending on the local supply.

Low advised consumers to exercise their options when buying vegetables. "If people stop buying, then the price would automatically fall", he said.

PRICE WATCH

For the manufacturers, their usual excuse to increase price is the high operating and transportation costs. When a hike in price occurs, a reduction later is unlikely.

"The recommended price is among the reason. Supply of goods is based on the contract price and transportation cost agreed," said Mohd Yusof.

He said this happened as there is no price watch system in the country.

Mohd Yusof said the only price watch system available is that for the price-controlled goods under the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs. "Under the Price Control Act (1946), traders are required to display price tags. Hence even if the price is high, as long as the traders show the price tag, it is not an offence," he said.

FOMCA'S CALL

Fomca, for so long, has been calling for the setting up of a commission responsible for the watch over the price of goods.

Mohd Yusof said the federation has also urged the government to enact the Fair Trade Act as a price-regulatory mechanism.

He said at present, the ministry holds negotiations with producers of goods not within its control in order to control price.

Thus, the government has to provide incentives for the producers to keep the price down.

"At times, the negotiations were successful and on other occasions, failed. There were times when the price was jacked up without the knowledge of the government and consumers, particularly for the daily essentials or that bought once a year like furniture or electrical appliances," he said.

He also said the recent drop of petrol and diesel price is not that significant when compared against the immense 78 sen jump last June 4.

DECEIVED?

The issue where consumers are confused or deceived over the price of a certain product is nothing new.

Mohd Yusof said this usually happened over products in new packaging canned and infant formula milk products.

Even with the same amount or quantity, the new pack usually exhibits a higher price.

"Usually when a new pack is introduced, the producer would also provide a gift but the price of this new pack is higher. "In this case, the consumers are deceived with the presence of a gift. Later, the gift is withdrawn but the price stays as the consumers are made to be familiar with this new price", he said.

SMIs

The price hike of raw materials is a major cause of concern for entrepreneurs of the small and medium-scale industries (SMIs).

According to the deputy president of the Malaysian Bumiputera Manufacturers and Industrial Services Association Mej (Rtd) Abdul Rahman Ibrahim, the SMI entrepreneurs are being plagued by fluctuating price of raw materials.

This situation had placed the SMI entrepreneurs in a tight as well as uncertain situation.

"Uncertainty in the supply of raw materials. The price fluctuates without warning and makes it difficult for manufacturers to fix the price," he said.

Abdul Rahman said this is further compounded when the larger corporations offer no assistance to the smaller companies.

These corporations did not wish to take risks and were not committed to ensure consistent supply of raw materials as they might not be able to reap higher returns, Abdul Rahman told Bernama.

He said the association calls for the government to re-establish fund to revive ailing entrepreneurs (TPU), that was created during the 197 economic downturn to assist Bumiputera businessmen.

He also urged the government to find ways to alleviate the burden faced by the people during the current economic situation.

-- BERNAMA

PRICE WATCH: DO MORE TO PROTECT CONSUMERS

By : MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN,
Chief executive, FomcaPetaling Jaya

WITH reference to the prime minister's remarks on the role and responsibilities of the consumer movement ("Abdullah calls for cheaper goods" -- NST, Oct 16), the Federation of Malaysian Consumers Associations wishes to enlighten the public on the efforts of consumer associations.

Fomca provides consumer education, addresses public complaints, conducts research and runs campaigns.Through collaboration with the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry, Fomca has undertaken various programmes in schools that have benefited thousands of students nationwide.Consumer-education programmes are also conducted for rural and urban communities, women groups, youth and university students.Through these programmes, it is envisaged that a new generation of discerning and responsible consumers with a more critical attitude towards consumption will be developed.

In addition, organisations such as the National Consumers Complaints Centre provide free services to consumers to redress and exercise their rights.

The centre received more than 18,000 complaints in 2006 and much more last year.

Fomca recently established a consumer research centre to provide us with evidence-based support to deal with consumer issues and problems.

Most importantly, through collaboration with other like-minded non-governmental organisations, the body is conducting a four-year national campaign to create awareness and educate consumers about global changes, their effects on people's lives and ways to respond to these changes.

Apart from rhetoric, the government has yet to come out with long-term plans to help consumers go through this difficult time.

We have also advocated more effective laws, policies and programmes as well as efficient enforcement of these laws to protect the interests of consumers.

Yet, too often, our requests and suggestions have fallen on deaf ears, and we continue to have weak and ineffective laws and inadequate enforcement.

If the government is mindful about protecting the welfare and rights of consumers, it should focus on strengthening its legislative framework and boosting the capacity of its enforcement to ensure that the laws are enforced.

A strong legal framework and effective enforcement will ensure that "rogue" traders are punished. This will, in turn, harmonise the market force.

Fomca is willing and pleased to advise the PM on matters regarding consumer protection. With limited resources, Fomca and the consumer movement are contributing substantially to consumer empowerment and protection.

It is, therefore, unfair of the government to place the res-ponsibility of consumer protection on the shoulders of consumer organisations, when the government itself is hesitant about protecting the consumers with laws and enforcement.

Essentially, consumer organisations and the civil society movement exist to fill the void of social commitments unfulfilled by the government.

As a non-profit entity, we are driven and motivated by our civil passion to help communities and the society.

Therefore, the government should lend support to non-governmental organisations to continue their service to the public.

New Straits Times, 20 October 2008

KEMELUT HARGA BARANG



Oleh ADHAM SHADANadham.shadan@kosmo.com.my




HARGA barang yang tidak turun meresahkan pengguna. - Gambar hiasan

PENGUMUMAN kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel pada minggu lalu pastinya disambut gembira oleh pengguna-pengguna kenderaan di negara ini. Apatah lagi, ia merupakan penurunan kali ketiga setelah mengalami kenaikan tertinggi, Jun lalu.

Seiring dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan pelarasan harga minyak kali pertama pada 23 Ogos lalu dengan mengurangkan harga petrol sebanyak 15 sen seliter dan lapan sen seliter bagi diesel.

Penurunan harga kali kedua pula berlaku pada 25 September lalu dengan kedua-dua petrol dan diesel dikurangkan 10 sen seliter.

Dengan penurunan kali ketiga iaitu 15 sen seliter bagi petrol dan 20 sen seliter bagi diesel pada minggu lalu, harga runcit petrol RON97 kini ialah RM2.30 dan harga diesel RM2.20 seliter. Ini bermakna, dalam tempoh kurang tiga bulan harga petrol dikurangkan sebanyak 40 sen dan diesel 38 sen keseluruhannya.

Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$80 dolar (RM281.60) setong berbanding paras tertinggi yang dicapai, AS$140 dolar (RM492.80) setong pada Jun lalu.

Walaupun harga minyak telah turun, namun pengguna kini terus berdepan dengan dilema yang baru apabila sesetengah peniaga terus-terusan menaikkan harga barangan 'seolah-olah mereka masih berada pada bulan Jun 2008.'

APA maknanya harga minyak turun jika harga barang tidak berubah? - Gambar hiasan

Sedangkan pengguna menjangkakan, harga barangan sewajarnya ikut turun apabila harga petrol dan diesel diturunkan kerana faktor itulah yang sering dicanang-canangkan peniaga ketika menaikkan harga barangan dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diusulkan media pada minggu lalu berhubung rungutan pengguna, meminta agar peniaga mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang.

Justeru, wajarkah jika pengguna memboikot peniaga yang masih berdegil menjual barangan pada harga tinggi?

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, memboikot bukanlah jalan penyelesaian.

"Bukan boikot, sebaliknya pengguna sendiri perlu bijak membuat pilihan dalam berbelanja. Boikot juga tidak boleh dilakukan kerana ia turut melibatkan barangan keperluan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

"Tambahan pula, kita tidak boleh memboikot secara membuta-tuli. Pengguna perlu faham, bahawa bukan harga minyak sahaja yang mempengaruhi harga barang. Ia juga bergantung kepada harga barang asas, faktor kenaikan gaji pekerja, insurans dan berbagai-bagai lagi," katanya.

Bagaimanapun, Maamor tidak menolak bahawa terdapat peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan dan golongan ini seharusnya diambil tindakan.


"Tetapi, masalahnya ialah buat masa ini, kita tidak mempunyai undang-undang yang boleh dikenakan kepada peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya meliputi semua barangan," katanya.

Selain aspek undang-undang, Maamor berkata, masalah lain juga ialah pengguna tidak mempunyai satu prasarana yang membolehkan mereka bertanya sama ada sesuatu harga barangan itu dijual pada harga yang berpatutan.

"Kita sering kali mengingatkan pengguna agar bertindak bijak dalam berbelanja dengan membeli barangan yang dijual pada harga berpatutan. Masalahnya, pengguna sendiri tidak disediakan satu prasarana yang membolehkan mereka memberi maklumat atau bertanyakan sama ada sesuatu harga barangan itu dijual pada harga yang patut atau tidak?

"Kerajaan seharusnya menyediakan prasarana sedemikian untuk menjadi rujukan harga bagi pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Maamor menasihatkan para pengguna agar terus mengamalkan amalan berjimat cermat walaupun harga minyak sudah turun.

"Seboleh-bolehnya beli barangan yang menawarkan harga patut. Kenal pasti kedai yang menjual barang dengan harga yang munasabah. Membeli barangan di koperasi juga patut diamalkan," katanya.

Berhubung peniaga yang masih menaikkan harga barang, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, satu akta perlu digubal untuk membolehkan hukuman dikenakan kepada pihak terbabit.

"Saya berpendapat, kerajaan seharusnya menggubal satu akta yang boleh mengawal selia harga kesemua barangan seperti Akta Perdagangan Adil di Britain dan Australia. Dengan akta seperti ini, barulah hukuman boleh dikenakan kepada peniaga-peniaga yang rakus menaikkan harga barang," jelasnya sambil menerangkan kawalan selia harga berdasarkan akta tersebut dibuat berasaskan kadar keuntungan munasabah sesuatu perniagaan.

"Dengan itu, peniaga tidak boleh memanipulasi harga barangan yang dijualnya. Sekiranya, sesuatu perniagaan itu mendapat keuntungan melampau daripada yang sepatutnya, harga barangannya akan diselia dan jika didapati bersalah kerana meletakkan harga terlampau tinggi, peniaga boleh dikenakan hukuman," katanya.

Mohd. Yusof juga meminta agar kerajaan melakukan kajian data untuk membezakan barangan yang harganya naik berpunca daripada kenaikan harga minyak dan yang bukan disebabkan faktor tersebut bagi membolehkan tindakan diambil.

"Melalui data itu nanti, barulah kerajaan boleh mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga sesuka hati atau sebaliknya," katanya.

Di pihak pengguna pula, Mohd. Yusof menggesa supaya mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah dan digalakkan membeli barangan separa jenama yang banyak diusahakan pasar raya kerana ia lazimnya lebih murah.

"Jika selalunya kita membeli susu berjenama popular, cubalah pula kita membeli susu separa jenama seperti susu cap Tesco misalnya. Kualiti, sebenarnya serupa. Di Eropah, barangan separa jenama ini mendapat sambutan yang lebih meluas," katanya.
Kosmo, 21 Oktober 2008

Selasa, Oktober 14, 2008

HARGA BARANG MELAMPAU

"HARGA minyak dah turun, harga barang tak turun-turun! Kalau nak naikkan harga barang memang cepat, tapi nak turun, payah betul!"

Ini antara keluhan yang kita dengar setelah kerajaan pada 23 Ogos lalu menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.55 dan harga diesel sebanyak 8 sen seliter kepada RM2.50 sen.

Kebanyakan pengguna tertekan dengan kenaikan harga barangan selepas harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter dan diesel sebanyak RM1 kepada pada awal Jun lalu.

Seorang rakan mengadu beberapa hari sebelum Ramadan, mengenai harga ikan di pasar dan seorang penjual ikan memberi amaran harga ikan akan naik lagi sebab 'bulan puasa'.

Peniaga ikan itu seperti juga kebanyakan peniaga lain mungkin sudah mencongak-congak keuntungan yang boleh diraih dalam bulan Ramadan dan musim perayaan.

Mereka tahu kebanyakan pengguna akan berbelanja besar pada musim perayaan dan pengguna Islam akan banyak membeli dalam bulan Ramadan untuk berbuka puasa dan sepanjang Syawal ini untuk rumah terbuka.

Kunjungilah mana-mana kompleks membeli-belah atau bazar-bazar, senario yang sama boleh dilihat iaitu pengguna bersesak-sesak berbelanja bagai tiada penghujungnya.


Tarikan Jualan Murah, Jualan Mega, Jualan Harga Runtuh dan Jualan Musim Perayaan serta pelbagai lagi gimik jualan yang dibuat oleh peniaga menyebabkan pengguna kadangkala menjadi hilang arah dan kurang bijak mengatur perbelanjaan mereka.

Lihat sahaja statistik Karnival Jualan Mega Malaysia (MMSC) yang berakhir pada 1 September lalu.

Karnival berkenaan dilaporkan mencatat peningkatan aktiviti jualan 24 peratus pada minggu pertamanya berbanding tempoh yang sama pada 2007. Ini berdasarkan rekod dikeluarkan MasterCard.

Jualan pada minggu pertama adalah RM188 juta berbanding RM151 juta pada tahun lalu. Secara keseluruhannya, masyarakat dilapor kekal sebagai pembeli terbesar dengan nilai belian sebanyak RM171 juta.

Berbalik kepada harga barang, rata-rata komen yang sampai kepada penulis mengenai harga barang pada minggu ketiga umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa adalah mahal.

Harga kuih umpamanya tidak seragam, ada yang dijual 40 sen atau 50 sen sekeping. Banyak yang memaksa pengguna membeli secara borong, RM2 untuk lima keping kuih. Mereka yang hendak beli dua keping kuih yang sama untuk 80 sen, tidak dilayan.

Perbualan rambang dengan beberapa peniaga di sebuah pasar tani pada minggu pertama Ramadan pula menunjukkan harga barang tidak mungkin turun sepanjang bulan lalu.


________________________________________


Seorang peniaga berkata, harga barang mungkin akan hanya turun selepas hari raya.

"Harga barang bukan kerajaan kawal, pemborong yang tentukan," kata seorang peniaga di pasar yang sama dalam nada sinis.

Beliau turut mengeluh harga bekas makanan yang digunakannya naik mendadak sejak harga bahan bakar dinaikkan.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu, pihaknya amat menyedari tentang rungutan pengguna mengenai harga barang.

"Walaupun berlaku penurunan harga bahan bakar, namun ia tidak menyebabkan penurunan harga barang khususnya barangan siap.

"Kerajaan juga tidak dapat melakukan tindakan penguatkuasaan kerana ketiadaan peraturan atau undang-undang yang membolehkan kerajaan berbuat demikian," katanya.

Fomca, amat berharap kerajaan akan membuat pertimbangan mendalam sebelum menaikkan harga bahan bakar kerana tindakan sedemikian hanya mencetuskan reaksi yang berkait kepada harga barang.

Mengulas lanjut kenaikan harga barang, beliau berkata, sememangnya menjadi kebiasaan harga barang, terutama barangan keperluan harian, sering naik semasa musim perayaan.

"Ini disebabkan permintaan yang meningkat. Seringkali juga didapati bahawa ada barang yang termasuk dalam senarai barang kawalan musim perayaan yang dijual pada harga yang tinggi.

"Namun yang agak ketara berlaku kenaikan ialah harga barang makanan yang diproses di bazar-bazar Ramadan. Pengguna merungut kerana kuantiti makanan yang dibeli semakin sedikit berbanding tahun-tahun lalu sekiranya dibeli pada harga yang sama," jelas Mohd Yusof.

Menurut beliau, kebanyakan pengguna juga sering bersikap tidak kisah terhadap harga semasa musim perayaan.

"Walaupun merungut, mereka tetap membeli walau berapapun harga yang dikenakan peniaga.

"Sikap ini perlu diubah kerana ia akan menyebabkan peniaga yang tamak terus mengambil kesempatan daripada sikap yang begini," tegasnya.

Fomca amat mengharapkan pengguna di negara ini dapat mengamalkan budaya berbelanja berhemat.

"Pengguna janganlah berbelanja secara berlebihan kecuali pada hari perayaan kerana pada masa itu, biasanya keluarga akan memasak lebih banyak untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah mereka," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memberi tip yang boleh dilakukan pengguna iaitu kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan buat perbandingan harga sebelum membeli. - Bernama


Kosmo, 14 Oktober 2008

TUBUHKAN PUSAT KAWALAN PENYAKIT NEGARA - FOMCA

TUBUHKAN Pusat Kawalan Penyakit Negara untuk menjamin produk tempatan mahupun yang diimport selamat dimakan oleh pengguna.

Malah pusat itu akan menjadi perintis pengujian produk makanan dan menganalisis tahap keselamatan makanan di seluruh dunia agar selamat dinikmati pengguna negara ini.

Tegas Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman, pusat kawalan itu diwujudkan bagi menangani krisis keselamatan makanan yang kini menjadi masalah global.

"Semua kementerian yang bersangkut paut mengenai makanan dapat bersama-sama memikirkan mekanisme terbaik dan menjamin produk makanan yang terdapat di negara tidak meragukan.

"Kita lihat kadang-kadang terdapat percanggahan fungsi dan peranan setiap jabatan kerajaan. Isu makanan ini ibarat duri dalam daging. Seharusnya kita memikirkan langkah terbaik," katanya.

Mengulas mengenai melamin yang terdapat pada makanan terutamanya yang diimport dari China, Yusof berpendapat kerajaan kurang mengambil langkah proaktif bagi menangani isu melamin.

"Penyakit ini telah dikesan sejak penghujung tahun lalu di China tetapi kita hanya mengambil langkah tegas apabila sudah tersebar dan serius,

"Mengapa bukan dari awal lagi kita tidak mengkaji segala produk makanan mahupun barangan yang dihasilkan di Tanah Besar itu," ujarnya.

Pakar susu Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Azizah Hamid, pula berpendapat, melamin sepatutnya tidak digunakan sebagai salah satu bahan untuk memproses makanan.

"Kebiasaannya melamin digunakan sebagai bahan kimia untuk membuat baja dan plastik untuk buat baja kerana ia bahan toksik yang bahaya.

"Jangan kerana mengejar keuntungan yang tidak seberapa sehingga kita menjejaskan kesihatan pengguna," katanya tegas.

Azizah memberitahu, tubuh yang mengambil mengambil melamin dalam kuantiti yang banyak melalui proses pemakanan boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

"Malah dalam jangka masa panjang ia boleh melibatkan penyakit kanser," katanya pengakhir bicara.

Kosmo

Selasa, September 23, 2008

FOMCA MINTA TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pemborong yang memanipulasi harga beberapa barang yang disenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna kini bimbang apabila mendapati harga beberapa jenis barangan kawalan seperti ayam, telur, tomato dan daging lembu tempatan sudah dijual pada harga maksimum SKHMP.

"Fomca melihat aliran ini sebagai tidak sihat kerana SKHMP hanya akan bermula Rabu ini, tetapi sesetengah pemborong dan peniaga didapati sudah mula memanipulasi harga menyebabkan pengguna mulai panik.

"Kita bimbang pemborong dan peniaga akan menjual barangan kawalan melebihi harga maksimum apabila SKHMP bermula dan ini tentunya menganiaya pengguna yang mahu membuat persiapan Aidilfitri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, peniaga mendakwa SKHMP tidak berkesan kerana setiap tahun pemborong akan tetap menetapkan harga beberapa barang kawalan lebih tinggi berbanding harga ditetapkan menyebabkan peniaga terpaksa menjual barang berkenaan lebih daripada harga siling.

Peniaga turut mendakwa harga ayam yang kini ditetapkan pemborong pada kadar RM6.20 sekilogram akan dinaikkan antara 10 sen dan 30 sen sehari sehingga menjelang 1 Syawal, menyebabkan mereka terpaksa menjual ayam standard melebihi daripada harga ditetapkan kerajaan.

Harga borong maksimum ayam standard yang ditetapkan SKHMP tahun ini adalah RM6.20 manakala harga runcit dibenarkan adalah RM7.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Tan So Tiok berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas jika berlaku manipulasi harga barang kawalan di peringkat pemborong atau peniaga.

"Sebagai contoh harga cili merah minggu lalu pemborong menetapkan harga RM4 sekilogram ketika membeli daripada penanam, tetapi mulai semalam mereka mula menetapkan harga RM6 sekilogram.

"Kami (penanam) tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemborong yang menetapkan harga. Jika peniaga terpaksa membeli pada harga borong lebih tinggi dan terpaksa pula menjual pada pengguna melebihi daripada harga siling, kerajaan harus mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab," katanya.


Berita Harian,
23 September 2008

Isnin, September 22, 2008

CADANG WUJUD AKTA PRODUK STATUS HALAL

Oleh Nurul Farina Nazlan nfarina@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mewujudkan akta khusus berkenaan produk berstatus halal bagi mengelakkan peniaga menjual barang tidak halal kepada pengguna Islam dengan sewenang-wenangnya, sekali gus mempersendakan hukum syarak.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata keengganan pemilik dan pengusaha premis meletakkan tanda amaran adalah tindakan tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan masyarakat Islam.

Sehubungan itu, katanya, Fomca menasihatkan pengguna, khususnya umat Islam supaya berwaspada sebelum membeli barang, khususnya yang berasaskan kulit haiwan kerana dikhuatiri menjadi mangsa pemilik premis tidak bertanggungjawab.

“Hal membabitkan produk berasaskan kulit babi adalah mengikut Akta Perihal Dagangan. Banyak kes membabitkan hal ini kerana ketiadaan akta khusus dan ia menyebabkan ada pemilik premis mengambil kesempatan dengan tidak meletakkan label khas mengenainya.

“Pelabelan produk haram mesti diberitahu kepada pengguna bagi elak wujud pertikaian kerana ia membabitkan maruah umat Islam.

“Kebanyakan premis mengambil sikap sambil lewa apabila tidak meletakkan label seperti ditetapkan kerajaan dan dalam hal ini pengguna mesti tegas serta membuat aduan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar seorang pemilik premis memberi amaran kepada pekerjanya agar tidak memberitahu secara terperinci spesifikasi barang kepada pengguna jika tidak mahu diberhentikan.


Berita Harian
22 September 2008

PAKAR CADANG TURUN HARGA BAHAN API SEHINGGA 40 SEN

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menurunkan harga runcit petrol dan diesel antara 30 dan 40 sen jika harga minyak mentah dunia terus berada bawah paras AS$100 satu tong.

Pakar ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, berkata jumlah itu dianggap munasabah jika mengambil kira harga satu tong minyak di pasaran dunia ketika pengguna membayar petrol pada harga RM1.92 sen seliter, iaitu antara AS$80 dan AS$90.

Bagaimanapun, katanya harga petrol dan diesel baru itu dijangka terus diapungkan mengikut harga pasaran global berikutan ketidaktentuan harga minyak dunia.
“Dengan penurunan antara 30 hingga 40 sen, kerajaan dijangka kekal menanggung subsidi sebanyak 30 sen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas jangkaan harga runcit petrol dan diesel yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini, berikutan trend penurunan harga minyak dunia yang kini bawah paras AS$100 satu tong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kerajaan akan menurunkan 15 sen lagi harga petrol dan diesel akhir tahun ini jika harga minyak mentah dunia terus susut di bawah paras AS$109 satu tong.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan harga petrol diselaraskan setiap 1 haribulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia dan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Formula pelarasan itu hanya dilaksanakan jika harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut di bawah paras AS$125 satu tong, iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan pada 4 Jun lalu.

Pada 22 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing sebanyak 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel turun lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa keesokan harinya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan penurunan harga petrol dan diesel antara 30 dan 40 sen wajar dipertimbangkan.

Namun, katanya penurunan berkenaan tidak seharusnya berlaku jika kerajaan terpaksa meningkatkan nilai subsidi sehingga menjejaskan dasar Jaminan Makanan Negara.


Berita Harian,
22 September 2008

HARGA PETROL BOLEH TURUN 30 SEN SELITER

Oleh YANG CHIN MEE

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Harga bahan bakar dalam negara dijangka dapat diturunkan 30 sen seliter menjelang perayaan Aidilfitri sekiranya harga minyak di pasaran dunia kekal di bawah paras AS$100 (RM340) setong.

Penganalisis ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, pada Ogos lalu kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel dari lapan sen hingga 15 sen seliter apabila harga pasaran dunia menurun sehingga AS$110 setong.

Berdasarkan kedudukan harga minyak di pasaran dunia sekarang, katanya, tidak mustahil harga seliter petrol dapat diturunkan sehingga 30 sen.

"Kerajaan akan mengambil kira kadar penurunan berdasarkan kiraan yang dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor dan kesan yang mungkin dihadapi.

"Bulan lalu ketika harga pasaran turun sehingga AS$110 setong, kerajaan telah menurunkan harga bahan bakar sehingga 15 sen seliter.

"Kini, harga pasaran sekali lagi menurun sehingga di bawah paras AS$100, maka saya menjangkakan harganya mungkin akan diturunkan sehingga 30 sen lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel ialah RM2.50. Ketika kerajaan menaikkan harga minyak pada Jun lepas sewaktu pasaran minyak dunia AS$125 setong, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ramon berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan menurunkan atau mengekalkan harga petrol dan diesel yang bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Beliau percaya inisiatif kerajaan mengurangkan harga minyak itu pasti akan membawa berita baik kepada setiap rakyat menjelang Aidilfitri.

Beliau berharap kerajaan akan menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang mengalami pelbagai masalah kenaikan harga barang termasuk bahan bakar dengan menurunkan harga petrol dan diesel menjelang hari raya.

Sementara itu, pakar ekonomi, Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh juga sependapat dengan Ramon bahawa kerajaan akan bertindak mengurangkan harga bahan bakar antara 30 hingga 40 sen seliter.

Kerajaan sebelum ini, katanya, berjanji akan menurunkan harga bahan bakar berdasarkan penurunan harga di pasaran dunia.

"Memandangkan harga pasaran sekarang menurun sehingga kurang daripada AS$100 setong, kerajaan tentu akan menunaikan janjinya untuk menurunkan harga petrol dan diesel dalam negara,'' jelasnya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan menurunkan harga bahan bakar itu amat dialu-alukan untuk mengurangkan beban rakyat.

"Penurunan harga bahan bakar ini secara tidak langsung juga akan menurunkan harga barang keperluan harian. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk para peniaga menaikkan harga barangan keperluan rakyat.

"Dengan itu, pastinya ia dapat mengurangkan kesusahan dan beban rakyat terutama menjelang Aidilfitri,'' ujarnya.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kebarangkalian kerajaan untuk menurunkan harga bahan bakar amat tinggi berikutan harga minyak di pasaran dunia turun sehingga di bawah paras AS$100 setong.

"Kerajaan akan membuat kiraan dan menentukan berapa sen seliter yang patut dikurangkan," ujarnya.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Esso, Alang Zari Ishak pula meminta kerajaan mewujudkan dana untuk mengurangkan kerugian jika harga petrol dan diesel dalam negara diturunkan secara mendadak.

Jelasnya, setiap pengusaha stesen minyak diwajibkan menyimpan stok minyak selama dua hari bagi memastikan bekalan tidak akan terjejas.

"Sekiranya kami menjual minyak dengan harga rendah sedangkan bekalan itu dibeli pada harga yang tinggi (sebelum penurunan harga), ia akan merugikan pengusaha," ujarnya.

"Contohnya, penurunan harga pada 23 Ogos lalu telah menyebabkan para pengusaha stesen minyak di seluruh negara mengalami kerugian sehingga RM10 juta.

"Oleh itu, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan kesusahan kami dan mewujudkan satu sistem atau dana bagi menanggung kerugian yang kami hadapi sekiranya harga minyak diturunkan secara mendadak,'' ujarnya.

Utusan Malaysia
22 September 2008

Selasa, September 16, 2008

BERBUKA DI HOTEL UNDANG PEMBAZIRAN

KONSEP berbuka puasa di hotel sebenarnya mengundang banyak pembaziran, bukan saja dari segi kewangan malah turut membabitkan ruang, tenaga kerja, peralatan dan masa.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata konsep berbuka puasa di hotel tidak wajar dijadikan trend masyarakat pada masa kini kerana tambahan pula jika dijadikan rutin yang kerap diulang sepanjang Ramadan.

Mengenai pendekatan sesetengah syarikat korporat mengadakan majlis berbuka puasa di hotel bagi anak yatim, beliau berkata, tidak salah sesekali anak yatim diraikan dengan membawa mereka merasai sesuatu yang jarang mereka rasa, tetapi ia mestilah berpatutan dan tidak melampau.

“Jamuan untuk anak yatim sangat elok, tetapi jika berlaku pula pembaziran secara berlebihan, ia tidak dibenarkan pula. Contohnya, jika wang itu lebih elok disalurkan untuk tujuan yang lebih penting, jamuan itu tidak digalakkan.

“Namun, adalah wajar anak yatim diberi peluang berhibur dan merasai nikmat seperti orang lain. Makan dengan selesa dan dilayan dengan sebaiknya, namun ia mestilah berpada dan tidak menyebabkan pembaziran,” katanya.

Bagi keluarga atau individu yang memilih untuk berbuka puasa di hotel pula, Mohd Asri berkata, mereka perlu berfikir sama ada apa yang dibelanjakan itu munasabah dengan apa yang mereka dapat dan menepati apa yang mereka perlukan.

“Selain itu, mereka perlu memastikan tidak ada tanggungjawab lain yang mungkin terabai kerana berbelanja berlebihan berbuka puasa di hotel. Jika itu berlaku, ia perlu dielakkan dan keutamaan kepada tanggungjawab lain perlu diberikan,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan umat Islam yang berhasrat berbuka puasa di hotel mewah supaya menghitung terlebih dulu kemampuan diri dan mengenal pasti keutamaan lain yang menjadi tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun, katanya, semua yang mengundang kepada pembaziran tidak dibenarkan dalam Islam dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjauhinya, selain mengutamakan konsep kesederhanaan dalam kehidupan.


Berita Harian
16 September 2008

HARGA BUFET RAMADAN TAK MUNASABAH

Oleh Azrul Affandi Sobryazr@bharian.com.my

PELBAGAI juadah yang disediakan di hotel membuat pengguna rambang mata untuk memilih.
Pakej cecah harga lebih RM100 terlalu mahal untuk seorang individu berbuka puasa

SEHARIAN menahan lapar dan dahaga, menjelang waktu berbuka, mulalah nafsu menguasai jiwa. Jika boleh, apa saja yang ada mahu dijamah semuanya, tidak kira mahal atau murah, yang penting nafsu makan dapat dipenuhi.

Kerana itulah, benar bagai dikata kebanyakan orang. Pada bulan puasa ini, jual apa saja jenis makanan, mesti ada pembelinya kerana ketika itu bagi mereka yang penting ialah melayan perut yang berkeroncong, tidak kisah lagi mengenai duit yang mengalir keluar.

Atas sikap boros yang menjadi berlipat kali ganda pada Ramadan membuka ruang yang selesa kepada banyak pihak untuk mengambil kesempatan membolot keuntungan dengan mengenakan harga yang tidak munasabah bagi juadah berbuka yang disediakan.

Paling popular dan menjadi kegilaan ramai orang terutama golongan eksekutif di bandar besar ialah trend berbuka puasa di hotel mewah yang umum sedia maklum, kosnya bukan sedikit, malah kadar yang dikenakan untuk seorang boleh menampung kos makanan bagi tiga hingga empat orang jika berbuka puasa di tempat lain.

Memang tidak dinafikan pelbagai juadah disediakan di hotel memberi peluang kepada pelanggan membuat banyak pilihan, daripada makanan berkonsep ketimuran atau tradisional, makanan Barat hinggalah makanan aneka negara termasuk India, Jepun, China dan sebagainya.

Malah, keselesaan yang disediakan pihak hotel juga bukan kepalang. Dengan dekorasi yang menarik, susunan makanan kemas, hiasan meja makan yang ekslusif, alunan muzik yang enak didengar serta rasa nyaman makan dalam ruang yang berhawa dingin sepenuhnya.

Ditambah pula dengan layanan pekerja yang sentiasa diminta supaya ramah dan murah dengan senyuman membuatkan segala-galanya nampak serba sempurna, layanan kelas pertama yang semestinya tidak akan diperoleh di warung atau restoran biasa.

Namun, adakah berbaloi semua itu dibayar dengan harga yang sangat melampau? Sedangkan, semua sedia maklum bahawa nafsu berbuka puasa hanya membara sebelum makanan dijamah. Apabila perut sudah tidak mampu disumbat, nafsu itu hilang entah ke mana. Maksudnya, kebanyakan orang makan tidaklah sebanyak mana ketika berbuka.

Tinjauan Berita Harian bersama Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, di beberapa hotel sekitar Jalan Bukit Bintang mendapati kegilaan pihak hotel meletakkan harga yang kadangkala kelihatan agak melampau seakan sudah menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan tiba.

Tawarannya nampak menarik. Kebanyakan mereka (hotel) mengiklankan pakej bufet Ramadan dengan harga yang nampak murah seperti RM55++ tetapi ramai yang lupa nilai tambah yang dimaksudkan sebenarnya adalah 15 peratus tambahan daripada harga pakej ditawarkan.

Ia termasuk 10 peratus caj servis perkhidmatan dan lima peratus cukai kerajaan yang sudahnya akan melonjakkan harga itu menjadi jauh lebih mahal daripada yang diiklankan.

Contohnya, ada hotel bertaraf lima bintang di situ mengiklankan kos berbuka bagi seorang dengan bayaran RM128. Harga sebanyak itu pun sudah kedengaran sangat mahal apatah lagi apabila ditambah dengan 15 peratus cukai yang dimaksudkan, jumlahnya meningkat kepada RM147.

Ayat pertama yang terpacul daripada mulut Mohd Yusof dengan kos setinggi itu ialah: “Gila, siapalah yang sanggup makan semahal ini. Harga itu boleh menampung kos makanan untuk lima orang. Bayangkan satu keluarga seramai lima orang datang makan di sini.”

Apa yang peliknya, pakej makanan disediakan di situ tidaklah sehebat mana. Makanan berkonsep tradisional dengan susunan dan hiasan sama saja seperti hotel lain, namun harganya sangat jauh melampau berbanding hotel lain. Pelik juga apabila pekerjanya memberitahu, hampir setiap hari sambutan menggalakkan.

Menjenguk ke hotel di sebelahnya pula, juga bertaraf lima bintang, lain pula halnya apabila dengan pakej makanan yang tidak jauh berbeza dengan hotel tadi, hotel ini hanya mengenakan kos sebanyak RM62.10 seorang selepas dicampur 15 peratus cukai. Jauh lebih murah sedangkan tarafnya sama.

Berdepan dengan hotel itu pula, sebuah lagi hotel lima bintang menawarkan kos berbuka puasa dengan bayaran sebanyak RM101.20 (selepas dicampur 15 peratus cukai) dengan suasana dan menu jauh lebih hebat daripada hotel pertama tadi sekali gus menimbulkan rasa pelik di hati kami, apakah kelebihan hotel pertama hingga mampu menyembelih pelanggan dengan harga semahal itu.

Mohd Yusof ketika mengulas mengenai perbezaan harga itu berkata, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila hampir semua hotel dengan taraf bintang yang sama mengenakan harga jauh berbeza sedangkan menunya hampir sama.

“Kerajaan perlu mengawal perang harga ini. Buat satu garis panduan yang mengehadkan harga pakej bufet di hotel mengikut penarafan bintang yang diberi. Jangan biarkan mereka sewenang-wenangnya memainkan harga sesuka hati,” katanya sejurus selesai membuat tinjauan.

Beliau turut tidak bersetuju dengan harga ditawarkan untuk pakej bufet Ramadan di kebanyakan hotel kerana pelanggan pada dasarnya tidak mendapat apa yang mereka bayar tetapi sebenarnya lebih banyak membazir untuk sesuatu yang tersirat.

“Dalam konsep kepenggunaan, pelanggan berhak mendapat apa yang sepatutnya setimpal dengan apa yang mereka bayar. Dalam kes ini, pelanggan tidak mungkin akan mampu makan sama dengan nilai yang dikeluarkan. Mereka sebenarnya terpaksa bayar untuk dekorasi hotel.

“Makanan yang dinikmati sebenarnya berharga dalam lingkungan RM20 hingga RM30 saja tetapi mereka terpaksa bayar sehingga melebihi RM100. Ini melanggar konsep kepenggunaan dan tidak sewajarnya pembaziran sebegini berlaku pada ketika ekonomi penduduk negara ini dalam keadaan tidak menentu dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau,” katanya.

Mohd Yusof turut membantah pendekatan yang diambil sesetengah syarikat korporat yang menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak yatim di hotel mewah kerana ia juga menyumbang kepada pembaziran melampau, selain menghakis konsep kesederhanaan yang sepatutnya diamalkan umat Islam terutama pada Ramadan.

“Bukan tidak boleh meraikan anak yatim, tetapi sewajarnya syarikat korporat menyumbangkan wang itu untuk tujuan yang boleh menambah kualiti hidup mereka. Tidak salah jamuan itu dibuat di tempat yang lebih murah atau di rumah anak yatim itu sendiri.

“Dengan membawa mereka ke hotel, pembaziran berlaku dan mereka didedahkan pula dengan konsep bermewah. Sepatutnya mereka diajar bersederhana, bukan berbelanja tidak kena pada tempatnya,” katanya.

Berita Harian,
16 September 2008

Selasa, Ogos 26, 2008

MENJELANG BAJET 2009: INSENTIF TINGKAT SEMULA KUASA BELI

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my

Golongan berpendapatan rendah, sederhana tunggu 'khabar gembira'

PENINGKATAN kos sara hidup yang dihadapi di negara ini memerlukan kerajaan mengambil tindakan proaktif dan berkesan, khususnya dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan terbabit rata-ratanya amat tertekan berikutan kenaikan dalam harga barangan yang begitu ketara selepas penstrukturan semula subsidi harga minyak susulan peningkatan harga minyak mentah global.

Keadaan berkenaan menyebabkan kuasa beli rakyat semakin mengecil, sehingga menyebabkan golongan yang dulunya tergolong dalam kategori yang berpendapatan sederhana, kini turut berdepan masalah.

Justeru, Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat ini diharap memperuntukkan lebih banyak insentif dan khabar gembira kepada rakyat khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap bajet bagi tahun depan terus memberi tumpuan untuk kesejahteraan rakyat dari segi ekonomi dan sosial, sejajar hasrat kemajuan yang ingin dicapai oleh negara.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman, berkata perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan pada bajet kali ini ialah bagaimana untuk membantu masyarakat mengimbangi kenaikan kos supaya taraf hidup mereka tidak terjejas

Beliau berkata, antara langkah yang dicadangkan ialah seperti menaikkan had minimum yang dikenakan cukai pendapatan individu daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,500 serta mengurangkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja.

"Langkah sedemikian diharap dapat mengurangkan sedikit beban golongan terbabit yang semakin berkurangan kuasa beli mereka akibat kenaikan kos sara hidup," katanya.

Selain dinaikkan had minimum dikenakan cukai pendapatan serta pengurangan caruman KWSP bagi pekerja, Fomca turut mencadangkan beberapa aspek yang harus diberi penekanan oleh kerajaan seperti meningkatkan tahap pengangkutan awam, meningkatkan pengeluaran makanan serta tahap pendidikan.

Mohd Yusof berkata, masalah pengangkutan awam khususnya di bandar yang sering menjadi rungutan masyarakat, harus diperbaiki dan ditingkatkan segera berikutan ia adalah pengangkutan utama bagi masyarakat berpendapatan rendah.

Katanya, penggunaan bahan api selain fosil harus digalakkan bagi mengelakkan pergantungan terhadap petrol dan diesel yang harganya sering tidak stabil dan meningkat.

Beliau berkata, penstrukturan semula harga minyak baru-baru ini menyebabkan ramai beralih ke pengangkutan awam yang menyebabkan perkhidmatan itu tidak mencukupi terutama ketika waktu puncak.

"Pada masa sama, masalah pengangkutan awam tidak cekap juga menyebabkan masyarakat lebih suka menggunakan kenderaan sendiri yang sekali gus menambah masalah kesesakan jalan raya," katanya.

Mohd Yusof berkata, krisis kekurangan bekalan beras baru-baru ini wajar menjadi iktibar supaya peruntukkan untuk sektor pertanian ditambah selain memberi jaminan bahawa bekalan makanan utama, khususnya beras sentiasa mencukupi.

Beliau berkata, sekalipun sudah ada cadangan dan pelaksanaan untuk memajukan sektor pertanian di negara ini, ia masih belum mencukupi yang mana pengeluaran beras dalam negara hanya kira-kira 73 peratus, manakala selebihnya perlu diimport.

"Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara (KDNK) harus diperuntukkan untuk pertanian untuk menjamin bekalan mencukupi, tetapi kita baru pada kadar tiga peratus," katanya.

PPIM turut bersependapat dengan Fomca mengenai aspek yang perlu diberi perhatian dalam Bajet 2009.

Selain aspek yang diketengahkan Fomca, PPIM mencadangkan Bajet 2009 juga perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma'amor Osman, perkhidmatan kesihatan untuk orang ramai masih belum mencukupi terutama membabitkan khidmat kepakaran khusus yang mana perlu diwujudkan lebih banyak pusat kesihatan pakar seperti Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau berkata, perkhidmatan hospital pakar di negara ini kebanyakannya hanya ditawarkan hospital swasta, manakala hospital kerajaan yang dikhususkan untuk penyakit tertentu ketika ini hanya ada di bandar utama.

"Kami juga mencadangkan supaya peruntukan pembayaran balik perbelanjaan insuran kesihatan di bawah cukai pendapatan wajar ditambah daripada maksimum RM3,500 ketika ini, selain diperluaskan kepada ibu bapa yang ditanggung.

"Selain itu, bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat masyarakat, cukai terhadap rokok dan minuman keras perlu dinaikkan lagi," katanya.

Katanya, antara perkara lain yang diharapkan PPIM pada Bajet 2009 ialah keprihatinan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selain mencadangkan supaya pinjaman Pinjaman Tabung Pendidikan Negara (PTPN) yang ditawarkan harus diperluaskan kepada kursus kritikal seperti kursus penerbangan dan bukan hanya tertumpu kepada kursus popular saja.

Berita Harian, 26 Ogos 2008

Rabu, Ogos 13, 2008

BUKAN PENYELESAIAN KENAIKAN KOS MAKANAN

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyifatkan cadangan supaya penduduk negara ini mengubah tabiat pemakanan dengan menjadikan kentang sebagai makanan ruji menggantikan nasi sebagai bukan penyelesaian kepada kenaikan kos makanan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata saranan supaya rakyat mengubah tabiat pemakanan itu sukar diterima kebanyakan penduduk kerana nasi sememangnya sudah menjadi satu makanan ruji bukan saja di negara ini malah seluruh Asia.

"Meminta mereka menukar nasi sebagai makanan ruji sama seperti meminta mereka mengubah kehidupan. Nasi adalah makanan utama rakyat sejak berkurun lamanya, pastilah saranan sedemikian dianggap mustahil.

“Saya pasti jika rakyat Amerika Syarikat diminta untuk menukar kentang yang sudah menjadi makanan ruji mereka dengan nasi, pasti mereka akan turut menolaknya.

“Daripada minta mereka mengubah pemakanan lebih elok jika kita menjelaskan mengenai cara mereka boleh berjimat seperti kurangkan penggunaan elektrik dan tidak membazirkan air dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, jika kentang menjadi pilihan alternatif kepada nasi, pastinya harga makanan itu akan turut melambung.

“Sama juga masalah kita nanti. Harga kentang akan naik jika permintaan meningkat dan kita perlu menambah importnya. Sekurang-kurangnya, kita mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran beras,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kenaikan harga minyak sehingga 78 sen menyebabkan pengguna terpaksa berjimat cermat dan memikirkan cara terbaik untuk tidak membazirkan wang.

Perkara sama turut disokong Naib Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, yang menganggap cadangan itu tidak akan berjaya dilaksanakan.

“Mengapa perlu kita menukar makanan asas kita semata-mata kerana harga beras naik? Masih banyak lagi cara yang lebih sesuai untuk menjimatkan wang,” katanya.

Beliau berkata, kentang tidak semestinya sesuai untuk menggantikan nasi walaupun ia juga mengandungi khasiat seperti karbohidrat.

“Kesannya juga sama dengan nasi jika makan berlebihan ia tetap akan menyebabkan masalah kegemukan. Sekiranya kentang tidak dapat memuaskan selera seseorang, mereka akan cenderung mengambilnya dengan lebih banyak.

"Adalah lebih baik mengurangkan kuantiti nasi yang dimakan setiap kali, dan melebihkan sayur-sayuran serta mendisiplinkan diri dengan memakan pada waktu tertentu saja iaitu pagi, tengah hari dan malam,” katanya.

Beliau juga mengkritik cara pemakanan rakyat negara ini yang boleh dikategorikan sebagai ‘terlebih makan’ sehinggakan obesiti dikalangan rakyat semakin meningkat setiap tahun.

“Di ibu kota, kita perhatikan, gerai makan bersepah dan dipenuhi dengan orang ramai tanpa mengira waktu. Ditambah sekarang ada kedai makan 24 jam yang dilihat kurang baik,” katanya.


Berita Harian
11 Ogos 2008

SYOR MAKAN KENTANG TAK DAPAT SAMBUTAN

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my


MAKANAN ALTERNATIF: Ramai beranggapan makan kentang tidak mengenyangkan.

Rakyat sukar ubah tabiat pemakanan ganti nasi

KUALA LUMPUR: Cadangan pelbagai pihak supaya penduduk negara mengubah tabiat pemakanan dengan mengambil kentang sebagai makanan utama untuk mengganti atau mengimbangi pengambilan nasi bagi mengurangkan kos berikutan peningkatan harga beras tidak mendapat sambutan.

Ia berikutan hampir seluruh rakyat yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji sejak sekian lama, enggan mengubah tabiat pemakanan dengan mengambil kentang walaupun ketika harga beras melambung naik.

Kaji selidik yang dijalankan Berita Harian terhadap 50 penduduk sekitar Lembah Klang mendapati semua responden mengaku harga beras meningkat namun hanya empat peratus saja yang sanggup menukar kepada ubi kentang sebagai alternatif nasi.

Hasil kaji selidik itu juga mendapati kebanyakan responden enggan beralih menjadikan kentang makanan pengganti atau untuk mengimbangi pengambilan nasi kerana mereka enggan beralih selera serta menyifatkan nasi lebih mengenyangkan.

Di sebalik 90 peratus responden kaji selidik berkenaan yang berumur dalam lingkungan 28 tahun sehingga 60 tahun mengakui kenaikan harga beras kebelakangan ini membebankan dan meningkatkan kos mereka tetapi tidak akan beralih kepada kentang.

Selain itu, mereka juga menganggap cadangan supaya menukar tabiat pemakanan dengan mencuba sajian utama lain seperti yang berasaskan kentang juga bukan penyelesaian kepada beban yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan harga beras.

MENYELERAKAN: Pelbagai sajian berasaskan kentang.

Kaji selidik itu menunjukkan 84 peratus daripada responden menganggap mengubah tabiat pemakanan dengan mengambil kentang mungkin menjadikan kos sara hidup mereka lebih tinggi kerana ia lebih mahal berbanding beras.

Ketika ini, harga sekilogram ubi kentang ialah kira-kira RM2.50 manakala sekilogram beras juga dianggarkan pada harga yang sama (bergantung kepada jenama) namun ia tahan lama jika disimpan berbanding ubi kentang.

Sekilogram ubi kentang juga dianggarkan hanya boleh menampung keperluan pemakanan kira-kira empat orang individu dewasa berbanding beras yang boleh dimakan dengan jumlah yang lebih ramai daripada itu.

Sebelum ini, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia ada menyarankan rakyat mengubah tabiat pemakanan dengan mengambil ubi kayu, keledek dan kentang yang banyak ada di negara ini yang bukan saja lebih murah, malah berkhasiat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga meminta rakyat mengubah gaya hidup dengan mengutamakan amalan berjimat-cermat, mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan ketika dunia dilanda krisis bekalan makanan.

Bagaimanapun, kebanyakan responden menganggap makan kentang tidak mengenyangkan dan ini akan hanya menyebabkan ia perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak jika dibandingkan dengan nasi dan akhirnya mengakibatkan pengguna mengeluarkan belanja yang lebih membelinya.

Ada juga responden menganggap mengubah pemakanan kepada kentang bukan jalan penyelesaian kerana jika 26 juta rakyat Malaysia beralih kepada makanan itu, harganya juga akan melambung tinggi kerana permintaan sedangkan ia 100 peratus diimport.

Sehubungan itu, majoriti responden mencadangkan supaya pengguna menyambut saranan Perdana Menteri iaitu mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat untuk mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung akibat kenaikan harga barang.


Berita Harian
11 Ogos 2008

Jumaat, Jun 27, 2008

PENGUSAHA DIMINTA BINCANG ISU KAD KREDIT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta pengusaha stesen minyak berbincang dengan syarikat kad kredit bagi menyelesaikan isu pemberhentian sementara urus niaga menggunakan kad itu mulai semalam yang kini memberi kesan dan menyusahkan pemilik kenderaan.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi memastikan wujud keadilan kepada pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jualan pengusaha akan terjejas dengan langkah terbaru itu.

"Saya simpati dengan permintaan pemilik kenderaan dan pengusaha yang berdepan dengan margin keuntungan rendah dan penggunaan kad kredit akan mengurangkan lagi margin mereka. "Saya harap isu ini dapat diselesaikan antara syarikat minyak dan syarikat kad kredit supaya tidak menyusahkan pengguna," katanya di lobi Parlimen, di sini semalam.

Muka depan Berita Harian semalam melaporkan semua stesen minyak akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai semalam sehingga kerajaan memenuhi tuntutan menaikkan komisen jualan minyak.

Keputusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.

Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

Shahrir berkata, pengusaha harus diberi peluang memikirkan sama ada menerima urus niaga menggunakan kad kredit jika urus niaga itu merugikan pihak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin mengenai penutupan stesen minyak dan kenaikan harga petrol RM1 seperti yang berlaku di Sabah, semalam sehingga mewujudkan pembelian panik.

Shahrir berkata, pengusaha stesen minyak di Sabah memberi jaminan operasi tidak akan ditutup sekali gus menolak khabar angin mengenainya yang tertumpu di bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna akan menjadi mangsa kepada kemelut itu jika pertikaian antara kerajaan dan PDAM tidak diselesaikan segera.

"Fomca percaya tindakan PDAM adalah tanda protes dengan kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan mereka. Tindakan itu akan ditanggung pengguna, terutama yang sering menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak," katanya.

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN

Oleh Nor Azma Laila

Peniaga diberi amaran tak ambil kesempatan dengan kenaikan gaji pekerja bank

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga supaya tidak terus mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi harga barang berikutan kenaikan gaji pekerja bank.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata kenaikan itu tidak seharusnya dijadikan penyebab oleh peniaga untuk menaikkan harga barang kerana ia tiada kena mengena dengan kos operasi dijalankan peniaga.


"Saya tidak nafikan, buat masa ini, harga barang memang sudah naik berikutan kenaikan harga minyak.

"Bagi memastikan peniaga tidak terus mengambil kesempatan di atas situasi ini, penguat kuasaan sentiasa dilakukan ke atas barang kawalan seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, susu pekat manis, roti, ayam, minyak masak dan simen," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas adakah kenaikan gaji pekerja bank akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang.

Semalam akhbar melaporkan kira-kira 32,000 kakitangan perkeranian dan bukan perkeranian bank perdagangan di negara ini menerima durian runtuh apabila mendapat kenaikan gaji 17 peratus melalui perjanjian bersama (CA) yang dimeterai kelmarin.

Kenaikan gaji melalui CA bagi tempoh antara 2006 hingga tahun itu adalah yang tertinggi sejak 10 tahun lalu kerana dalam CA sebelum ini pada 2005, kenaikan gaji hanya sembilan peratus.

Shahrir berkata, bagi barang yang bukan dalam senarai kawalan, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan tidak membeli barang yang dijual dengan harga mahal sebaliknya mendapatkan barang pengganti.

"Selain kerajaan, pengguna juga perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah peniaga yang menaikkan harga barang dengan tidak membeli barang mereka supaya lama-kelamaan mereka akan menurunkan harga.

"Saya yakin, pekerja yang menerima kenaikan gaji ini akan menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik kerana mereka adalah kakitangan yang terbabit dalam urusan perbankan dan tahu untuk menguruskan hal kewangan dengan bijak tanpa melakukan pembaziran," katanya.

Beliau berkata, media juga perlu memainkan peranan positif dengan melihat kenaikan gaji itu sebagai aspek positif yang boleh membantu meringankan beban rakyat tatkala negara dibelenggu dengan isu global iaitu kenaikan harga minyak dan krisis makanan.

"Jangan melihat kenaikan gaji ini dari aspek negatif yang akan terus menjadi penyumbang kepada kenaikan harga barang.

"Saya tahu isu kenaikan harga barang memang akan menjadi topik hangat di kalangan media, bagaimanapun media sepatutnya boleh melihat perkara ini dari sudut positif yang boleh membantu meringankan beban rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman tidak menafikan ada sesetengah peniaga yang akan mengambil kesempatan untuk terus menaikkan harga barang berikutan kenaikan gaji itu.

"Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan kerana kenaikan gaji itu tiada kaitan dengan urusan peniaga dan jika kenaikan harga barang berlaku, ia hanya faktor kecil kerana harga barang memang sudah naik berikutan kenaikan harga minyak.

"Tindakan penguat kuasaan sangat penting pada masa ini bagi memastikan peniaga tidak terus bermaharajalela untuk menaikkan harga barang terutama barang kawalan," katanya.

FOMCA SYOR KADAR TOL KEKAL

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya kadar tol di lebuh raya yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) perlu menyediakan laluan untuk motosikal dan kadar tol yang ditetapkan tidak akan berubah-ubah.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan perlu membuat penelitian secara terperinci sebelum menandatangani kontrak bersama syarikat konsesi bagi memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat diberi keutamaan.

Katanya, kerajaan perlu menambah peruntukan bagi menyediakan laluan untuk motosikal yang berupaya mengurangkan risiko kemalangan manakala penetapan kadar tol sekali saja adalah untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan peningkatan kos berkenaan.

“Kita berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya sebelum menandatangani perjanjian konsesi terutama membabitkan kadar tol bagi mengelakkan pengguna lebuh raya membayar pada harga tinggi setiap kali kajian semula dilakukan.

“Bagi laluan pengguna motosikal pula, kerajaan perlu memberikan peruntukan tambahan kerana kebanyakan lebuh raya di negara ini tidak menyediakan kemudahan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Yusof mengulas komitmen kerajaan dalam RMK-9 menjelang 2010 yang mahu membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa II Kuantan-Kuala Terengganu, Senai-Desaru dan Kemuning-Shah Alam bagi meningkatkan kapasiti, kecekapan dan liputan rangkaian infrastruktur pengangkutan.

Beliau berkata, dengan pembinaan lebuh raya itu pengguna akan dapat menjimatkan masa perjalanan sekali gus memberi keselesaan sepanjang melalui laluan berkenaan.

Ditanya mengenai komitmen kerajaan untuk membina jalan menghubungkan kawasan penempatan semula dengan kawasan perindustrian luar bandar dan estet terutama di Sabah dan Sarawak, Mohd Yusof berkata, ia adalah perlu bagi membantu merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi di lokasi berkenaan.

“Pembinaan jalan raya ini perlu mengutamakan kawasan seperti di Sabah dan Sarawak supaya ia dapat membangunkan lokasi perindustrian di lokasi berkenaan,” katanya.


Berita Harian,
27 Jun 2008

Selasa, Jun 17, 2008

SALAH ANGGAP PUNCA RAMAI PEMANDU RAGU-RAGU

PERMINTAAN terhadap pemasangan NGV menunjukkan peningkatan mendadak sehingga lebih 300 peratus sepanjang minggu pertama kenaikan harga minyak diumumkan, walaupun pelbagai spekulasi negatif berkenaan penggunaan bahan bakar itu dihebahkan kebanyakan pihak.

Malah, permintaan tinggi itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan hanya boleh memiliki sistem itu pada September ini berikutan ketidakupayaan syarikat pemasangan sistem NGV memenuhi peningkatan mendadak itu.

Ketua Pegawai Operasi Nice Network Diversified Sdn Bhd (Nice), Suhaini Misnan, berkata selama ini ramai tidak mahu memasang sistem NGV pada kenderaan mereka kerana sering disogokkan dengan tanggapan negatif mengenai masalah selepas menggunakan sistem itu.


Beliau berkata, isu paling kerap menjadi pertikaian ialah bilangan stesen menyediakan kemudahan NGV masih sedikit menyebabkan pemilik kenderaan bimbang sukar mendapatkan bekalan.

"Realitinya, Petronas sudah dan sedang berusaha keras menambah stesen NGV di lebih banyak stesen seluruh negara, malah difahamkan sudah ada stesen di kawasan Pantai Timur dalam proses penyediaan kemudahan itu.

"Pengguna sepatutnya tidak perlu menunggu sehingga semuanya sempurna baru nak menukar kepada sistem itu. Isu ini hanya timbul di kalangan mereka yang belum menggunakan sistem NGV kerana bagi sesiapa yang sudah menggunakannya pasti sudah tahu cara menjadualkan pengisian gas tanpa perlu bersesak dengan kenderaan lain seperti teksi.

"Sebenarnya, bagi pengguna NGV di Lembah Klang, ada cara mendapatkan NGV dengan mudah, tambahan pula kini sudah banyak stesen NGV dibuka di seluruh Lembah Klang. Janganlah pergi ke stesen di tengah pusat bandar kerana ia menjadi tumpuan pemandu teksi berehat sambil mengisi gas. Banyak lagi stesen yang selalunya lengang," katanya.

Selain isu itu, Suhaini yang mengendalikan satu syarikat pemasangan NGV terbesar di negara ini berkata, ada pemilik kenderaan disogokkan dengan dakwaan pemasangan sistem NGV akan menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi sekiranya terpaksa beralih menggunakan sistem lama apabila kehabisan gas.

"Kenyataan itu ada benar dan tidak. Jika pengguna sistem NGV tidak memastikan sistem petrol berfungsi dengan baik, ia pasti akan menjejaskan prestasi sistem itu apabila bertukar ke penggunaan petrol.

"Kebanyakan pengguna NGV tidak langsung menggunakan sistem petrol pada jangka masa lama. Ia menyebabkan kandungan petrol akan menyejat, sekali gus menjejaskan prestasi sistem petrol. Secara tidak langsung, gangguan itu akan menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, jika pemilik kenderaan menggunakan sistem NGV menguruskan sistem petrol dengan baik, iaitu dengan sekurang-kurangnya menghidupkan enjin pada setiap pagi menggunakan sistem petrol, ia dijamin tidak membawa sebarang kesan kepada sistem lama.

Beliau berkata, sikap pemilik kenderaan di negara ini yang salah meletak kepentingan juga menjadi satu punca ramai tidak mahu bertukar ke sistem NGV, terutama bagi mereka yang tidak mahu kehilangan ruang penyimpanan barang.

"Inilah satu punca utama. Ramai sayangkan ruang simpan barang yang jarang digunakan daripada memikirkan pelaburan tinggi bagi mengisi minyak sedangkan ada alternatif lain bagi penyimpanan barang seperti memasang ruang di bumbung.

"Jika dikaji secara logik, ruang simpan barang hanya digunakan secara optimum pada sesuatu masa tertentu seperti ketika mahu pulang ke kampung. Kebanyakan masa lain, ruang itu hanya digunakan sesekali, malah ada yang langsung tidak membuka ruang itu sekian lama, tetapi minyak perlu diisi selalu. Jadi, mana lebih patut diberi keutamaan?" katanya.

Isu keselamatan juga menjadi punca masih ramai berfikir panjang untuk memasang sistem NGV berikutan ada dakwaan tangki silinder yang menyimpan gas itu boleh meletup dan membahayakan keselamatan, terutama penumpang di kerusi belakang.

Menjawab persoalan itu, Suhaini berkata realitinya, menggunakan NGV jauh lebih selamat kerana gas itu lebih ringan daripada udara. Sebarang kebocoran akan hanya menyebabkan gas itu tersebar pantas tanpa sempat disambar api.

"Tangki silinder menempatkan gas dicipta dengan pelbagai ciri keselamatan terbaik termasuk kalis peluru, hentakan, api dan letupan. Jika berlaku kemalangan sehingga meranapkan seluruh kenderaan sekalipun, tangki itu akan tetap berkeadaan seperti asal," katanya.

Beliau mengakui, masalah utama ramai pemilik kenderaan tidak mampu memasang sistem NGV ialah kerana kos pemasangannya yang agak tinggi sehingga ada mencecah RM8,000. Namun katanya, kini sudah ada syarikat kewangan memberi pinjaman bagi tujuan pemasangan sistem itu dengan bayaran balik antara dua hingga 10 tahun.

"Kerajaan mesti memikirkan mekanisme membantu pemilik kenderaan memasang NGV seperti memberi subsidi, yang dipraktikkan di Thailand. Di sana, mereka memperoleh subsidi RM1,000 bagi setiap pemasangan, malah ada negara memberikan tangki silinder percuma," katanya.

Berita Harian
16 Jun 2008