Jumaat, Disember 17, 2004

Pengguna disaran amal perbelanjaan berhemah

Kuala Lumpur - Para pengguna disarankan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah berikutan kenaikan harga minyak dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna perlu merancang perbelanjaan mereka dan membuat persediaan kerana bahan asas dijangka turut meningkat jika krisis kenaikan harga minyak itu berlarutan.

Mohd Yusoff bagaimanapun, berharap peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan asas tanpa kebenaran kerana ini boleh membebankan pengguna.

Justeru, kerajaan katanya, perlu mengenakan tindakan undang-undang sekiranya mendapati ada sektor-sektor yang tidak sepatutnya menaikkan harga barangan berbuat demikian.

Mohd Yusof berkata, walaupun Malaysia belum menerima tempias daripada kenaikan barangan asas, namun kerajaan diharap dapat mengatasi masalah ini secara bijaksana bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.

BERNAMA - 1 Jun 2004

Tiada ulasan: