KUALA LUMPUR - Demi perlindungan yang berkesan daripada 'dracula moden' atau along,
letakkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pinjaman wang di bawab Kementerian
Kewangan.
Gesaan ini diutarakan oleh pertubuhan pengguna yang menyifatkan penguatkuasaan
akta semasa oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan lemah.
Mereka berpendapat, akta yang pernah dipinda tahun lalu bagi memberi kuasa mutlak
kepada kementerian itu dalam mengawal pemberi pinjaman wang, sepatutnya diletakkan
di bawah kawal selia Perbendaharaan, bukannya Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul
Rahman berkata, akta yang sedia ada terlalu lemah berikutan kegagalan penguatkuasaan.
Menurutnya, dalam kes yang berlaku kebelakangan ini, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan tidak agresif, sebaliknya menyerahkan perkara ini bulat-bulat kepada
pihak polis.
"Saya yakin jika akta ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan, penguat-
kuasaan akan lebih sempurna," katanya yang juga Pengarah Komunikasi Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) juga bersetuju akta tersebut dipinda lagi dan
diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin ketika dihubungi KOSMO! memberitahu,
punca sebenar masalah along semakin berleluasa sekarang adalah kerana kelemahan penguat-
kuasaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau menambah, sebagai langkah terbaik kerajaan perlu meletakkan akta ini bersama-sama
Akta Perbankan, Akta Institusi Kewangan dan yang berkaitan di bawah Kementerian Kewangan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Patrick Sindu pula
mengharapkan kerajaan supaya lebih serius dan telus dalam menangani masalah along yang
semakin membimbangkan.
Rata beliau, akta yang dipinda oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu
tidak diguna pakai di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri itu masih menggunakan
peruntukan akta peminjam wang yang sedia ada.
Justeru, beliau meminta kerajaan untuk memikirkan nasib yang melanda masyarakat di kedua-
dua negeri itu dengan memastikan setiap akta yang melindungi pengguna dikuatkuasakan secara
menyeluruh.
KOSMO! - 2 Oktober 2004
MAKLUMAN!
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan